nuffnang ads

Showing posts with label hidup saya. Show all posts
Showing posts with label hidup saya. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

rindu pak tam :(


*nie black, mata dia buta sebelah, tapi mata dia warna biru, cantikkan!

hari nie tiba-tiba teringat dekat kucing yang ezan bela, masa first-first dulu, nama dia pak tam, sebab warna hitam, hikhik..dia sama macam gambar kucing ezan yang nama black tue :)

ezan jumpa pak tam nie, time dia baby lagi, masa tue dengar bunyi kucing mengeow, bising sangat,  ayah pun carilah mana datangnya bunyi kucing tue, cari punya cari jumpa bawah kereta. kesian tengok dia sorang-sorang jew dekat bawah kereta tue. cari jugak ibu dia, tapi tak ada. last-last decide nak bela pak tam, sebab kesian, tak kan lah nak biarkan dia duduk bawah kereta tue, dah lah tak ada ibu, masih baby lagi.

maaf yea, sebab ezan tak ada pic pak tam, sebab time dulu-dulu tak ada handphone berkamera, hehe. seronok bela pak tam sebab dia aktif sangat. tiap-tiap malam panjat atas atap, pegi buru tikus. lagi satu ayah ezan paling sayang sangat dekat dia, pak tam nie cerdik, bila dia dengar jew bunyi motor ayah ezan balik kerja, dia akan berlari lepas tue tunggu depan pintu. 

pak tam nie, jenis kucing kampung, so memang akan lepaskan dia, dan tak pernah kurung dia dalam sangkar. lagi pun, dia pandai balik rumah bila waktu malam. hampir 1 tahun lebih jugak, ezan sempat bela dia. tapi sedih sangat bila kenangkan dia mati.

biasalah kan nama pun kucing jantan, bila dah time miang tue nak mengawan, mula lah lupa nak balik rumah. macam pak tam nie, bila dah datang musim mengawan, lupa nak balik rumah. puas dah dok cari dia merata tempat, tapi tak jumpa-jumpa jugak. tunggulah dia balik sendiri, tapi tetap jugak tak balik-balik.

seminggu lepas tue, jumpa pak tam kat belakang rumah, ya allah tengok keadaan dia time tue, sampai menangis dibuatnya, badan dia dah kurus sangat, lepas tue mulut dia ada keluarkan cecair warna hijau, busuk bau dia. sedihnya tengok dia, sampai menanggis. seminggu dia tak balik sampai macam nie keadaan dia bila balik rumah.

dah tengok keadaan dia macam tue, ezan ambik dia, bersihkan mulut dia yang keluar lendir hijau tue, kesiannya tengok dia, sampai tak boleh nak minum dan makan. besoknya bawak pak tam pergi jumpa vet, sebab kesian sangat tengok keadaan pak tam yang kritikal. 

bawak jumpa vet, dia cakap tak boleh diselamatkan, dan dia kata jalan penyelesaianya enjit bagi pak tam mati sahaja. tapi aku tak bagi, aku cakap biarlah kalau dia nak mati, biar dengan sendirinya bukan dengan enjit. aku tak sanggup nak bunuh dia. doktor tak dapat kenal pasti sebab apa lendir tue keluar, dia kata maybe pak tam termakan benda yang beracun.

balik rumah isi pak tam dalam kotak, tengok dia makin lembik dan tak bertenaga, last-last ezan bancuhkan air glukosa dan suapkan dekat mulut dia, bagi dia bertenaga. kesian kalau lihat pak tam menanggung kesakitan, mulut dia setiap saat keluarkan lendir yang berbau busuk tue, walaupun kerap kali ezan bersihkannya tetap keluar jugak. ezan tak kisah walaupun lendir tue busuk dan boleh buat orang muntah, janji ezan nak tengok pak tam sihat!

tapi tuhan lebih menyayanginya, pak tam mampu bertahan seminggu sahaja lepas bawak pergi jumpa vet tue, time nak bagi minum glukosa tue, tengok pak tam dah keras. ya allah, hati ini hanya tuhan jew tahu, menangis semahu-mahunya. ezan tak sanggup nak tanam pak tam, last-last ayah yang tanamkan. 

rindunya dekat pak tam :(

 walaupun tiada gambar yang menjadi kenangan dan menjadi tatapan ketika rindu, namun segala memori tak kan luput dalam ingatan...



Thursday, October 28, 2010

rajinlah pulak jilat-jilat bulu

assalamualaikum semua,sihat tak hari nie?

hari nie, ntah ape mimpi, mia saya tue tiba-tiba rajin lah pulak nak bersih-bersihkan bulu dia, kalau tidak pemalas tahan gaban. sampai taik mata sendiri pun malas nak buang, sampaikan dah banyak pun tetap dia biarkan jugak! last-last aku jugak yang tolong buangkan, sebab geli tengok taik mata dia tue, hehe.

nak tengok tak budak pemalas, jilat-jilat bulu dia, jom kita layan gambar kat bawah nie.


sebelum bulu dicuci :)


kita cuci dulu lengan, sebab baru pas makan tadi


jilat pulak jari tangan, bagi hilang bau ayam rebus


kita bersihkan pulak bulu-bulu di kaki


lepas tue, bersihkan pulak bulu dekat tuuuttttt :)


yeay, tengok mia dah cantik dan bersih, cepat lah masuk meminang mia :)


dania sayang :p







Wednesday, October 27, 2010

interview oh interview!


*pic kredit to google, dialog tue ezan yang tambah sendiri :) klik gambar untuk jadi besar


takutnya besok, first time nak gi interview nie, dah la ezan nie jenis gelabah lebih atau orang omputih cakap nervous melampaui batas. tapi selamatlah, besok gi interview ada kawan ao kuranglah sikit gementarnya. kawan-kawan semua doakan ezan dapat kerja tue yea!

mak bagi tempoh duduk umah sampai ujung bulan nie jew, mak nie, potong stim betullah, baru nak tanam anggur lama sikit, dah suruh keje :( jadi mintak-mintak lah besok ada rezeki ezan dengan kawan dapat kerja tue, wish me luck yea!

oh, lagi satu jom klik SINI support blogger baru, dia kawan ezan masa zaman belajar dulu :)


psstttttt : alhamdulillah rezeki anak bulus dania bertambah lagi, ezan dapat lagi 2 BE dari nuffnang, jadi semuanya ada 5 BE, syukur ke hadrat allah, dan terima kasih nuffnang :)

ini mia lah!


hya, entry kali nie pasal mia lagi! ehehe dania nie sebenarnya ada nama timangan tau iaitu mia okey, bukan adik mia sara nasuha tue, hehe. kali nie jom kita tengok cara-cara mia nak tido. my baby nie dah nak masuk 6 bulan, tak sabar nak tunggu dia besar, nak timang cucu pulak, haha macam misz pinkie winkie nie, dah dapat cucu, jelez ezan!


mula-mula, naik atas meja, tengok mata dia dah stim kan, nak tido ar tue, tak sampai 10 minit,tempat macam tak best jew, mia terus turun naik atas katil.



tadaaaa..tengok lah tak senonoh punya anak dara, duduk tak sopan sungguh!



mummy please hug me!



tengah kira kambing, bagi mata cepat mengantuk :)


Sunday, October 24, 2010

makanan peberet dania sayang!

dah 3 hari berturut-turut kucing gemukku, aku bagi dia makan ayam rebus, wah! muka dia punya lah berseri-seri bila bau jew ayam rebus. mesti korang bayangkan macam mana dania buat muka berseri-seri..haha seronok jew tengok time dia makan, laju jew dia licin kan mangkuk tue.

suka bagi dia makan ayam, sebab bagi dia cepat sikit gemok, ehehe, dania macam biasa lepas makan, masuk bilik aku, naik atas katil, dia pun tidur la dengan senang hatinya, haha. tapi aku pelik tengok dia nie, asal nak tido jew mesti nak masuk bilik aku, padahal, ruang tamu umah aku tue punyalah besar, dalam bilik aku jugak dia nak tido.



mummy so delicious!!


tak pandang kiri kanan, kalau dapat makan ayam rebus :)


yeah, tinggal lagi sikit jew nak habis!


perut dah kenyang, hati pun banyak senang, kita tido lah!








Friday, October 22, 2010

dapat BE lagi dua :)

assalamualaikum semua

wah pagi nie happy giler larh, aku dapat lagi dua BE, syukur alhamdulillah, makin bertambah rezeki aku dan dania sayang. tak sangka giler kot, sebab dalam 1 minggu jew aku, dah dapat tiga BE,  *aku nie sibuk jew kan nak kecoh, orang lain lgi dapat banyak dari aku..  

terima kasih kepada celcom, cornetto, dan nokia serta nuffnang juga :)


pssssstt: kepada yang tanya pasal keputusan contest tue, ezan dah umumkan ok, boleh cek entry ezan yang lepas-lepas dan yang pasal cabutan bertuah tue, tak buat-buat lagi, ehehe sorry, nanti kalau mood rajin dtg ezan buat

Thursday, October 21, 2010

tinggal kenangan, terlalu rindukan dia :(

bila terbukak folder gambar, terlihat gambar-gambar kucing aku yang dah pergi buat selama-lamanya. rindunya dekat mok! kalau lah mok ada sekarang, mesti dah besar macam baby. mok dengan baby nie dorang berdua adik beradik, tapi yang hidup baby sorang jew. aku amik dorang dekat kedai runcit, time tue kesian sangat, tengok dorang berdua, lagi-lagi mok sebab, time aku amik dia, mata dia penuh dengan tahi mata, sampai dah kering dan mata dorang jadi bengkak.

time tue memangis tengok dorang, last-last decide nak amik dorang berdua dan bela. masa tue umur dorang maybe dalam 1 bulan lebih, kesian...badan kurus sebab tak ada siapa bagi makan. bawak balik rumah, mandikan mereka berdua dan bersihkan mata diorang dan untuk hilangkan bengkak mata tue, aku sapukan minyak gamat. alhamdulillah, aku tengok makin surut bengkak mata diorang tue.

dorang berdua masih kecik lagi, so perlukan susu, tapi ibu dah tak ada, jadi aku pergi petshop, cari botol susu dan beli susu untuk kitten, untuk gantikan susu ibunya. seronoknya tengok time dorang  dapat minum susu tue, berebut-rebut nak hisap botol, hihi comel jew tengok. aku sempat bela mok dalam 4 bulan 5 bulan macam tue, lepas tue dia dah pergi buat selamanya. aku memang sayang giler dekat dia, sebab dia menjadi peneman aku sepanjang hari.

aku sempat jaga mok tak lama, sebab di mengalami masalah cirit birit, dah bawak gi jumpa vet semua, tapi still jugak tak baik-baik, time tue aku menangis giler-giler, kesian tengok dia, sampai dah kurus jadinya, makan minim semua tak mahu. doktor kata kalau dia tak nak makan, bagi dia minum air glukosa untuk bagi tenaga, tapi dia still jugak tak nak minum, last-last aku terpaksa suap kan air bagi dia minum.

satu hari tue, aku tengok, dia dah boleh bangun, dan aku tengok dia makan sikit, hati aku gembira bukan main lagi, sebab ingat dia sudah semakin pulih, tapi apakan daya, malam tue aku tengok dia cirit birit lagi, ya allah kesiannya aku tengok dia saat itu, aku lihat dia seumpama  dah tidak berdaya lagi, nafas dia makin tersekat-sekat, akhirnya apa yang aku takutkan terjadi juga, dia pergi juga. ya allah, saat itu aku menangis semahu-mahunya, aku lihat sendiri dia pergi depan mata aku, betapa pedihnya hati aku saat itu, hanya tuhan yang tahu.



selepas kena mandi, kesejukan mok dan baby :)



nie lah mok, sangat manja dan pemalas, ehehe


comel tak saya?


baby tengah menyusu, comel jew waktu nie :)





gaya tidur yang serupa


baby time besar, sekarang dah 2 tahun :)





p/s : rindunya dekat mok, kalau teringat dekat dia, mesti menangis :(



Tuesday, October 12, 2010

dania saya tak lalu nak makan, sedihnya :(






arghhh....rindunya aku dekat dania, baru 3 hari aku tinggalkan dia, tapi dah rindu! sedih sangat, tadi my sis kol, dia cakap "dik, kucing ko tak nak makan, tak nak minum! dah dua hari dia macam tue" my sis cakap lagi, mungkin dia rindu kat aku! ya allah,sedihnya dengar, aku baru plan nak stay dekat ipoh samapi hari ahad nie, sebab hari jumaat nie ada dinner untuk semua pelajar semester akhir, sekarang nie tengah berbelah bahagi hati aku antara nak pergi dinner atau balik awal.

aku nak sangat pergi dinner nie, sebab dah last sem kan, nanti bila lagi ada masa nak jumpa kawan-kawan, tapi aku kesian jugak dekat dania, sebab dia tak nak makan, aduh susahnya.... :(

ok, setelah dipikir masak-masak, aku buat keputusan untuk balik awal ke rumah, tak jadi untuk pergi dinner, tak apa lah mungkin tak ada rezeki nak pergikan, nak buat macam mana, lagi pun kesian kat dania, dah berapa hari tak lalu nak makan.


p/s : dania sayang, tunggu yea nanti kakak balik hari rabu nie!!


Saturday, October 9, 2010

nakalnya awak nie! saya gigit karang



tengoklah makin besar, makin nakal, tak tau nak cakap apa, dah marah semua, tetap jugak dia buat, masuk nie dah 3 kali dia, cabutkan huruf kat laptop aku nie! pantang aku keluar kejap pergi tandas, mesti dia akan cabutkan huruf kat laptop tue, dia ingat laptop aku tue tempat cakar kuku dia kot, haiiyaaa! ini budak memang tidak mau dengar cakap lansung.

Friday, October 8, 2010

dania sayang!


dania sayang, kakak terpaksa tinggalkan kamu selama 1 minggu, huhu sedihnya T__T
tak dapat jumpa seminggu, nanti rindu giler dekat kamu!

seminggu tak ada siapa-siapa nak kejutkan bangun pagi, kalau tidak kamu lah yang akan lari laju-laju, lepas tue akan langgar perut, muka, kaki kakak sampai lah kakak bangun.

jaga diri baik-baik yea sayang!!










Thursday, October 7, 2010

kena patuk ular!

assalamualaikum semua, nampak tak tajuk entry tue, aku kena patuk ular weh! gile-gile ar, sakitt! hikhik tapi dalam mimpi jew lah. sebenarnya macam nie, aku bangun-bangun jew pagi tadi, aku teringat mimpi malam tadi, aku kena patuk ular.

kata orang tua-tua, ada orang nak masuk meminang, tapi kan mimpi aku nie, aku kena patuk ngan ular, lepas tue aku pergi potong kepala ular tue dengan kapak! haaa apa maksud mimpi aku pulak ek??

Tuesday, October 5, 2010

blog shawl and inner yang sangat best!

assalamualaikum semua, kali nie nak cerita skit blog yang selalu aku beli inner tudung yang super duper best gilew.hikhik.. aku nie kerjanya rajin beli on9 yea, sebab malas nak pergi tingkap shopping :) sebelum nie aku selalu pakai inner yang melekat kat dahi tue, muka aku nie dah ar bulat, bila pakai nampak macam telor mata kerbau jew,hikhik...

ada satu hari tue, aku termasuk website yang jual inner nie, wahhhhh!! forst time masuk teruja gilew tengok inner dia yang cantik-cantik and yang paling best inner yang dia jual tak melekat kat dahi, so tak ada dah lah muka jadi macam telur mata kerbau :)  lepas tue kita siap boleh pilih lagi inner warna apa yang kita nak, macam pic kat bawah nie :



so, aku dengan excitednya telah order 4 inner 2 tone dekat ayun, nie lah inner yang aku order tue


sangat best giler bila pakai inner nie, kalau time keluar dengan kawan-kawan mesti diorang akan tanya beli kat mana, and soalan yang selalu sangat diajukan, "eh nape ko pakai inner tak melekat kat dahi ek?" lepas tue aku mula lah, promote blog ayunar kat kawan-kawan aku, bak kata orang sharing is caring :)


nie aku pakai inner 2 tone, tapi guna warna hitam jew :)


yang nie aku guna inner 3 tone, cara slating nie, aku tengok demo video ayun buat :)


ini pown aku tengok demo video ayun, untuk buat inner macam gitu :)

so, siapa-siapa yang nak cari inner yang cantik-cantik boleh tengok dekat sini yea ayunar.biz pasti korang semua akan puas hati giler!

p/s : thanks ayun, sebab sudi wat demo, cara mcm mana nak pakai shawl gipsi tue, sayang ayun sangat-sangat...mmmuuahh!




Friday, October 1, 2010

muka saya 20 tahun akan datang :)

boringnya malam-malam nie, tak tau nak buat apa, last-last tadi masuk la satu laman web nie, dia cakap kita boleh tengok muka kita 20 tahun akan datang, so dengan sepantas yang mungkin aku upload gambar aku, resultnya hahahaha aku gelak guling-guling, tak sangka muka aku 20 tahun akan datang macam nie, tak puas hati muka aku macam tue, aku upload muka si dia, ehehe lagi kelakar giler, tak tahan aku nak gelak, mungkin macam nie lah agaknya muka kami berdua 20 tahun akan datang.



* nanti nak print besar-besar lah :)


kalau korang semua nak tengok muka korang bile dah tua nanti pown boleh, just masuk kat website nie www.in20years.com. kalau dah buat nanti tunjuk lah kat aku pulak ek..hikhik





kenapa saya sayang kucing?


*terharunya dania dengar :)



ok, actually korang semua ada tak bela haiwan? mesti kebanyakannya korang ada bela kan, contoh bela kucing, arnab, tikus yang selalu ada dalam rumah tue, malas nak beli hamster, bela jew tikus yang ada kat rumah tue, ehehe, ceh! geli aku.

macam aku, aku suka sangat kucing, boleh jadi gile sangat-sangat dekat kucing, nak tau tak sebab ape aku  suka kucing daripada binatang peliharaan yang lain :

1) kucing nie boleh jadi kawan kita, sebab aku kalau ada masalah, selalu cerita kat dania, semua rahsia aku dania tau..tapi nasihat yang aku dapat cuma bunyi meawwww jew...ehehe,tak pe lah atleast aku dapat luahkan :)

2) selalu teman aku tido tiap-tiap malam, sebab aku nie penakut sikit! eh penakut banyak, so dengannya ada dania sebab peneman aku, jadi rasa macam selamat sikit la.

3) dapat main kejar-kejar dengan kucing, kalau dengan binatang mesti tak dapatkan, lagi-lagi kalau bela hamster, tengok dia jew yang main lari-lari, kita tak dapat nak join.

4) aku rasa terharu sangat, sebab kalau aku balik kerja, kucing aku akan peka dengan bunyi kereta aku and dia akan tunggu depan pintu untuk tunggu aku masuk rumah, you see how sweetnya!!

5) sebab kucing haiwan kesayangan nabi jugak, so aku pown sayang jugak.


ok, macam mana pulak dengan korang, meh la share?

Wednesday, September 29, 2010

yeah mara masuk rm 3000!

*click picture untuk lebih jelas :)


seronoknya hati tak terkata,apabila tadi ada sorang member kolej aku tag aku gambar diatas didalam fb, dan menyatakan bahawa mara dah masukkan duit elaun. wah gembiranya hati bukan kepalang lagi, dia kata mara tak masukkan 530 tapi dia masukkan 3000 ribu tue beb, macam-macam boleh beli, dalam otak aku dah fikir macam-macam nak beli..syoknya! dari pagi sampai petang senyum sampai ke telingga jew aku, al-maklumlah duit banyak dalam bank,ehehe..

tepat jew pukul 6, aku terus keluar opis, naik kereta nak pergi bank, dengan hati yang penuh bunga-bunga duit-duit, aku keluarkan kad atm aku, masukkan password, dan excitednya aku nak tekan button cek baki, ehehe, tak sabar nak tengok duit banyak dalam akaun, sekali dia paparkan julmah duit dalam akaun aku macam nie...jeng...jeng...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


baki akaun rm 12.90

adeh, dalam hati dah mengelegak giler marah nie, kurang ajor punya kawan, ko menipu aku! arghhhh!!! dah lah aku memang mengharapkan sangat mara masuk, sebab aku memang dah kering tahap gaban nie. tapi tak ku sangka hujan di tengah hari. korang nak tau tak, dia pergi print screen cimb clicks dia punya akaun, dan dah terlampau tak ada kerja sangat dia bukak photoshop and edit jumlah duit tue! how dare u! awat lah aku tak terpikir dia boleh ubah guna photoshop, tuelah mata duit-duit lagi, kan dah kena tipu :(


p/s : aku rejam ko apek, time balik ipoh nie!

Monday, September 27, 2010

selamat hari lahir ezan!



happy birthday to me, happy birthday to me, hikhik tak ada sape nak nyanyikan, biar aku sendiri yang nyanyikan..yeah hari nie 27/09/2010 genaplah umur saya 12 21 tahun, ye saya dah dapat kunci kebebasan, dan dah boleh kahwin pown, hehehe.

syukur ke hadratmu ya allah, kerana telah memanjangkan umurku, dan memberikan aku kesihatan yang baik sehingga ke saat ini.

ok, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawan saya yang wish birthday saya melalui msg and post dekal wall fb, sampai tak mampu saya nak ucapkan terima kasih, hanya mampu untuk mengeLIKE sahaja...hikhik thanks yea sayang-sayang semua, love korang semua ketat-ketat muaxx!


p/s : nak hadiah boleh??



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails