nuffnang ads

Showing posts with label mengeoww. Show all posts
Showing posts with label mengeoww. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

dania dapat tangkap cicak gecko!

Assalamualaikum semua

entry kali nie nak cerita pasal sayang saya, ehehe mesti korang kenal kan dia, dah lama rasanya tak cerita pasal dia nie, cepat angkat tangan siapa rindu dekat dania, hikhik

untuk pengetahuan semua, dania nie dah besar, dah 7 bulan, dah jadi separuh anak dara, tapi belum lagi jadi anak dara sepenuhnya haha *ada ke ar separuh anak dara?? sekarang nie si dania nie, aku akan lepaskan dia bila malam, sebab bila dah jadi separuh anak dara nie, dia dah tak mau nak duk dalam cage lagi, kalau duk dalam cage mesti akan megeoww jew, suruh orang bukakkan, dah keluar dari cage baru senyap.

semenjak dia dah tidur dekat luar nie, aku perhatikan tiap-tiap malam mesti dia akan buru cicak gecko atau cicak keding. dania nie tak bernafsu untuk menangkap tikus, tapi lebih berahi nafsunya untuk menangkap cicak, hampir setiap malam mesti akan ada cicak yang akan ditemui mati. aku pun tak tau lah, kenapa hobi dia suka tangkap cicak, kadang-kadang aku nampak dia main ekor cicak yang dah putus tue, eiii geli jew aku tengok. korang tak caya, nie aku sempat tangkap gambar dia tengah leka main dengan cicak.

* tangkapan malam nie hanyalah cicak keding sahaja, haha paling best bila cicak tue lari jauh sikit, mulalah si dania nie tahan guna tangan dia tak bagi gerak


sampai hilang ekor cicak keding nie, dania kejakan!


muka nak KACAK jew, bila amik gambar, dan kelihatan air muka dia puas sangat dapat cicak keding tue

Wednesday, November 3, 2010

rindu pak tam :(


*nie black, mata dia buta sebelah, tapi mata dia warna biru, cantikkan!

hari nie tiba-tiba teringat dekat kucing yang ezan bela, masa first-first dulu, nama dia pak tam, sebab warna hitam, hikhik..dia sama macam gambar kucing ezan yang nama black tue :)

ezan jumpa pak tam nie, time dia baby lagi, masa tue dengar bunyi kucing mengeow, bising sangat,  ayah pun carilah mana datangnya bunyi kucing tue, cari punya cari jumpa bawah kereta. kesian tengok dia sorang-sorang jew dekat bawah kereta tue. cari jugak ibu dia, tapi tak ada. last-last decide nak bela pak tam, sebab kesian, tak kan lah nak biarkan dia duduk bawah kereta tue, dah lah tak ada ibu, masih baby lagi.

maaf yea, sebab ezan tak ada pic pak tam, sebab time dulu-dulu tak ada handphone berkamera, hehe. seronok bela pak tam sebab dia aktif sangat. tiap-tiap malam panjat atas atap, pegi buru tikus. lagi satu ayah ezan paling sayang sangat dekat dia, pak tam nie cerdik, bila dia dengar jew bunyi motor ayah ezan balik kerja, dia akan berlari lepas tue tunggu depan pintu. 

pak tam nie, jenis kucing kampung, so memang akan lepaskan dia, dan tak pernah kurung dia dalam sangkar. lagi pun, dia pandai balik rumah bila waktu malam. hampir 1 tahun lebih jugak, ezan sempat bela dia. tapi sedih sangat bila kenangkan dia mati.

biasalah kan nama pun kucing jantan, bila dah time miang tue nak mengawan, mula lah lupa nak balik rumah. macam pak tam nie, bila dah datang musim mengawan, lupa nak balik rumah. puas dah dok cari dia merata tempat, tapi tak jumpa-jumpa jugak. tunggulah dia balik sendiri, tapi tetap jugak tak balik-balik.

seminggu lepas tue, jumpa pak tam kat belakang rumah, ya allah tengok keadaan dia time tue, sampai menangis dibuatnya, badan dia dah kurus sangat, lepas tue mulut dia ada keluarkan cecair warna hijau, busuk bau dia. sedihnya tengok dia, sampai menanggis. seminggu dia tak balik sampai macam nie keadaan dia bila balik rumah.

dah tengok keadaan dia macam tue, ezan ambik dia, bersihkan mulut dia yang keluar lendir hijau tue, kesiannya tengok dia, sampai tak boleh nak minum dan makan. besoknya bawak pak tam pergi jumpa vet, sebab kesian sangat tengok keadaan pak tam yang kritikal. 

bawak jumpa vet, dia cakap tak boleh diselamatkan, dan dia kata jalan penyelesaianya enjit bagi pak tam mati sahaja. tapi aku tak bagi, aku cakap biarlah kalau dia nak mati, biar dengan sendirinya bukan dengan enjit. aku tak sanggup nak bunuh dia. doktor tak dapat kenal pasti sebab apa lendir tue keluar, dia kata maybe pak tam termakan benda yang beracun.

balik rumah isi pak tam dalam kotak, tengok dia makin lembik dan tak bertenaga, last-last ezan bancuhkan air glukosa dan suapkan dekat mulut dia, bagi dia bertenaga. kesian kalau lihat pak tam menanggung kesakitan, mulut dia setiap saat keluarkan lendir yang berbau busuk tue, walaupun kerap kali ezan bersihkannya tetap keluar jugak. ezan tak kisah walaupun lendir tue busuk dan boleh buat orang muntah, janji ezan nak tengok pak tam sihat!

tapi tuhan lebih menyayanginya, pak tam mampu bertahan seminggu sahaja lepas bawak pergi jumpa vet tue, time nak bagi minum glukosa tue, tengok pak tam dah keras. ya allah, hati ini hanya tuhan jew tahu, menangis semahu-mahunya. ezan tak sanggup nak tanam pak tam, last-last ayah yang tanamkan. 

rindunya dekat pak tam :(

 walaupun tiada gambar yang menjadi kenangan dan menjadi tatapan ketika rindu, namun segala memori tak kan luput dalam ingatan...



Monday, October 25, 2010

siapa nak kucing nie, angkat tangan cepat!

semalam masa duduk lepak-lepak dengan dania dekat rumah, tiba-tiba ada suara anak kucing mengeowww! aku pandang dania, ingatkan dia yang mengeowww..tapi dia geleng kepala, hehe tipu jew.. tiba-tiba intai kat luar, tengok sekor anak kucing datang kat umah, dalam hati bermonolog sendiri "lah kucing orang nie kew, kata kurung kucing kat umah, tapi nie terlepas gi umah aku apa cite!"

kalau korang tengok kucing dia nie, macam tak cukup makan kot, lapar giler-giler la, aku cakap lah kat kucing tue " apa tuan kau tak bagi makan ke kat kau nie?" tapi hati nie walaupun geram dengan tuan kucing tue, tapi binatang kan, aku bukan lah sekejam itu, kesian tengok mengeow jew kejenya, aku pown amik lah makanan dania, bagi dekat dia, wah teruja giler tengok dia makan, dengan lahapnya, aku nak pegang makanan dia, dia marah kot.ehehe tapi sayang terlupa nak snap gambar time dia makan!

yang bestnya dania, asik ikut jew kucing tue pergi mana, dia macam mengawasi jew setiap tingkah laku kucing tue, pas jew habis makan, dia masuk dalam rumah aku, lepak kejap atas sofa, lepas tue, aku biarkan sekejap, dalan 1 jam tue, aku hantar dia keluar rumah dan cakap kat dia pergi balik rumah, takut lah nanti tuan dia cakap aku nak culik pulak kucing dia nanti!


dania memandang dengan tidak puas hati, hehe


nie lah kucing yang mengeoww tue :)



lepas kenyang, lepak kejap atas kusyen empuk, hikhik



tengok, dania sedang mengawasi kucing nie :)





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails