nuffnang ads

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

rindu pak tam :(


*nie black, mata dia buta sebelah, tapi mata dia warna biru, cantikkan!

hari nie tiba-tiba teringat dekat kucing yang ezan bela, masa first-first dulu, nama dia pak tam, sebab warna hitam, hikhik..dia sama macam gambar kucing ezan yang nama black tue :)

ezan jumpa pak tam nie, time dia baby lagi, masa tue dengar bunyi kucing mengeow, bising sangat,  ayah pun carilah mana datangnya bunyi kucing tue, cari punya cari jumpa bawah kereta. kesian tengok dia sorang-sorang jew dekat bawah kereta tue. cari jugak ibu dia, tapi tak ada. last-last decide nak bela pak tam, sebab kesian, tak kan lah nak biarkan dia duduk bawah kereta tue, dah lah tak ada ibu, masih baby lagi.

maaf yea, sebab ezan tak ada pic pak tam, sebab time dulu-dulu tak ada handphone berkamera, hehe. seronok bela pak tam sebab dia aktif sangat. tiap-tiap malam panjat atas atap, pegi buru tikus. lagi satu ayah ezan paling sayang sangat dekat dia, pak tam nie cerdik, bila dia dengar jew bunyi motor ayah ezan balik kerja, dia akan berlari lepas tue tunggu depan pintu. 

pak tam nie, jenis kucing kampung, so memang akan lepaskan dia, dan tak pernah kurung dia dalam sangkar. lagi pun, dia pandai balik rumah bila waktu malam. hampir 1 tahun lebih jugak, ezan sempat bela dia. tapi sedih sangat bila kenangkan dia mati.

biasalah kan nama pun kucing jantan, bila dah time miang tue nak mengawan, mula lah lupa nak balik rumah. macam pak tam nie, bila dah datang musim mengawan, lupa nak balik rumah. puas dah dok cari dia merata tempat, tapi tak jumpa-jumpa jugak. tunggulah dia balik sendiri, tapi tetap jugak tak balik-balik.

seminggu lepas tue, jumpa pak tam kat belakang rumah, ya allah tengok keadaan dia time tue, sampai menangis dibuatnya, badan dia dah kurus sangat, lepas tue mulut dia ada keluarkan cecair warna hijau, busuk bau dia. sedihnya tengok dia, sampai menanggis. seminggu dia tak balik sampai macam nie keadaan dia bila balik rumah.

dah tengok keadaan dia macam tue, ezan ambik dia, bersihkan mulut dia yang keluar lendir hijau tue, kesiannya tengok dia, sampai tak boleh nak minum dan makan. besoknya bawak pak tam pergi jumpa vet, sebab kesian sangat tengok keadaan pak tam yang kritikal. 

bawak jumpa vet, dia cakap tak boleh diselamatkan, dan dia kata jalan penyelesaianya enjit bagi pak tam mati sahaja. tapi aku tak bagi, aku cakap biarlah kalau dia nak mati, biar dengan sendirinya bukan dengan enjit. aku tak sanggup nak bunuh dia. doktor tak dapat kenal pasti sebab apa lendir tue keluar, dia kata maybe pak tam termakan benda yang beracun.

balik rumah isi pak tam dalam kotak, tengok dia makin lembik dan tak bertenaga, last-last ezan bancuhkan air glukosa dan suapkan dekat mulut dia, bagi dia bertenaga. kesian kalau lihat pak tam menanggung kesakitan, mulut dia setiap saat keluarkan lendir yang berbau busuk tue, walaupun kerap kali ezan bersihkannya tetap keluar jugak. ezan tak kisah walaupun lendir tue busuk dan boleh buat orang muntah, janji ezan nak tengok pak tam sihat!

tapi tuhan lebih menyayanginya, pak tam mampu bertahan seminggu sahaja lepas bawak pergi jumpa vet tue, time nak bagi minum glukosa tue, tengok pak tam dah keras. ya allah, hati ini hanya tuhan jew tahu, menangis semahu-mahunya. ezan tak sanggup nak tanam pak tam, last-last ayah yang tanamkan. 

rindunya dekat pak tam :(

 walaupun tiada gambar yang menjadi kenangan dan menjadi tatapan ketika rindu, namun segala memori tak kan luput dalam ingatan...



Thursday, October 21, 2010

tinggal kenangan, terlalu rindukan dia :(

bila terbukak folder gambar, terlihat gambar-gambar kucing aku yang dah pergi buat selama-lamanya. rindunya dekat mok! kalau lah mok ada sekarang, mesti dah besar macam baby. mok dengan baby nie dorang berdua adik beradik, tapi yang hidup baby sorang jew. aku amik dorang dekat kedai runcit, time tue kesian sangat, tengok dorang berdua, lagi-lagi mok sebab, time aku amik dia, mata dia penuh dengan tahi mata, sampai dah kering dan mata dorang jadi bengkak.

time tue memangis tengok dorang, last-last decide nak amik dorang berdua dan bela. masa tue umur dorang maybe dalam 1 bulan lebih, kesian...badan kurus sebab tak ada siapa bagi makan. bawak balik rumah, mandikan mereka berdua dan bersihkan mata diorang dan untuk hilangkan bengkak mata tue, aku sapukan minyak gamat. alhamdulillah, aku tengok makin surut bengkak mata diorang tue.

dorang berdua masih kecik lagi, so perlukan susu, tapi ibu dah tak ada, jadi aku pergi petshop, cari botol susu dan beli susu untuk kitten, untuk gantikan susu ibunya. seronoknya tengok time dorang  dapat minum susu tue, berebut-rebut nak hisap botol, hihi comel jew tengok. aku sempat bela mok dalam 4 bulan 5 bulan macam tue, lepas tue dia dah pergi buat selamanya. aku memang sayang giler dekat dia, sebab dia menjadi peneman aku sepanjang hari.

aku sempat jaga mok tak lama, sebab di mengalami masalah cirit birit, dah bawak gi jumpa vet semua, tapi still jugak tak baik-baik, time tue aku menangis giler-giler, kesian tengok dia, sampai dah kurus jadinya, makan minim semua tak mahu. doktor kata kalau dia tak nak makan, bagi dia minum air glukosa untuk bagi tenaga, tapi dia still jugak tak nak minum, last-last aku terpaksa suap kan air bagi dia minum.

satu hari tue, aku tengok, dia dah boleh bangun, dan aku tengok dia makan sikit, hati aku gembira bukan main lagi, sebab ingat dia sudah semakin pulih, tapi apakan daya, malam tue aku tengok dia cirit birit lagi, ya allah kesiannya aku tengok dia saat itu, aku lihat dia seumpama  dah tidak berdaya lagi, nafas dia makin tersekat-sekat, akhirnya apa yang aku takutkan terjadi juga, dia pergi juga. ya allah, saat itu aku menangis semahu-mahunya, aku lihat sendiri dia pergi depan mata aku, betapa pedihnya hati aku saat itu, hanya tuhan yang tahu.



selepas kena mandi, kesejukan mok dan baby :)



nie lah mok, sangat manja dan pemalas, ehehe


comel tak saya?


baby tengah menyusu, comel jew waktu nie :)





gaya tidur yang serupa


baby time besar, sekarang dah 2 tahun :)





p/s : rindunya dekat mok, kalau teringat dekat dia, mesti menangis :(



Wednesday, September 8, 2010

"Hantu Garu"

time godek-godek laptop aku nie tadi, aku jumpa gambar-gambar nie, rindunya time nie...gambar-gambar nie time kitaorang tengah wat projek untuk subjek sem 3 untuk short drama yang kitaorang buat. ada video, tapi tak tau nak upload..ahhaha.. so tgk gambar jew lah ek!




nie lah watak utama short drama "hantu garu"



close-up sikit dekat muka hantu :)



2 orang budak perempuan nie plak, pelakon utama :)



nie aku lah yg conteng muka dia..sape-sape nak suruh aku make-up boleh contact ek.hehe



comel jew :)



setelah selesai menangkap gambar, kesian penat!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails