nuffnang ads

Showing posts with label dania. Show all posts
Showing posts with label dania. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

dania dah selamat melahirkan kitten 4 ekor pada 5/8/2011

assaalamualaikum semua

lamanya dah tak update blog rasanya, hihi ok, entry kali nie nak update cerita pasal kucing ezan, dania dah selamat lahirkan baby,hihihi sangat-sangat excited nak terima anak kucing baru!

dania melahirkan baby pada petang semalam kot, tak sure lah, sebab bila aku cari dia, tengok-tengok dah ada anak kucing, hihi punyalah aku dah siapkan kotak untuk dia delivery, tapi dia pilih jugak bilik stor untuk lahirkan baby dia, dah terpaksa aku tarik semua kotak-kotak keluar, sebab nak ambik baby dia.

alhamdulillah dania, sangat-sangat sporting gila, aku nak pegang baby dia, sikit pun dia tak marah, then paling bestnya dania nie, walaupun kita dah pegang and pindahkan baby dia dalam kotak, selamatlah dia tak kisah dan tak mengusung anak dia untuk sorokkkan.

nie gambar anak dania dan babynya :


ada warna putih, hitam, kelabu , ada belang-belang dan putih tompok-tompok hitam

yang sekor nie jew sempat amik gambarnya :)

nama untuk anak kucing yang baru nie, tak letak lagi, nak tunggu besar sikit and nak tau jantina, jap gi letak nama jantan, tup2 betina, tak ke haru, haha

okey lah nanti aku update lagi pasal dania and baby dia!

bye!

Wednesday, December 15, 2010

dania dapat tangkap cicak gecko!

Assalamualaikum semua

entry kali nie nak cerita pasal sayang saya, ehehe mesti korang kenal kan dia, dah lama rasanya tak cerita pasal dia nie, cepat angkat tangan siapa rindu dekat dania, hikhik

untuk pengetahuan semua, dania nie dah besar, dah 7 bulan, dah jadi separuh anak dara, tapi belum lagi jadi anak dara sepenuhnya haha *ada ke ar separuh anak dara?? sekarang nie si dania nie, aku akan lepaskan dia bila malam, sebab bila dah jadi separuh anak dara nie, dia dah tak mau nak duk dalam cage lagi, kalau duk dalam cage mesti akan megeoww jew, suruh orang bukakkan, dah keluar dari cage baru senyap.

semenjak dia dah tidur dekat luar nie, aku perhatikan tiap-tiap malam mesti dia akan buru cicak gecko atau cicak keding. dania nie tak bernafsu untuk menangkap tikus, tapi lebih berahi nafsunya untuk menangkap cicak, hampir setiap malam mesti akan ada cicak yang akan ditemui mati. aku pun tak tau lah, kenapa hobi dia suka tangkap cicak, kadang-kadang aku nampak dia main ekor cicak yang dah putus tue, eiii geli jew aku tengok. korang tak caya, nie aku sempat tangkap gambar dia tengah leka main dengan cicak.

* tangkapan malam nie hanyalah cicak keding sahaja, haha paling best bila cicak tue lari jauh sikit, mulalah si dania nie tahan guna tangan dia tak bagi gerak


sampai hilang ekor cicak keding nie, dania kejakan!


muka nak KACAK jew, bila amik gambar, dan kelihatan air muka dia puas sangat dapat cicak keding tue

Friday, November 19, 2010

dania curi biskut cornflakes!

assalamualaikum semua

wahh..dah lama giler tak update blog nie, tengok sampai labah-labah pun dah beranak, hikhik   *sejak bila labah-labah beranak???...ok entry kali nie nak cerita pasal si gemuk ezan lah dah lama tak cerita pasal dia, perangai dia makin besar, makin pelik!

nak tau tak, hari tue dania pergi curik biskut cornflakes ezan! aduh sedihnya dah lah tinggal seketul jew biskut tue, boleh pulak dia pergi makan. ezan taruk biskut tue, dekat atas laptop, pas tue keluar sekejap pergi toilet, lepas tue baru nak makan biskut tue, tengok-tengok bila masuk jew bilik, dania tengah sedap makan! adeh, takkan nak ambik pulak, biskut yang dah kena air liur dania tue, jadi ezan tengok jew lah dia makan biskut tue sampai habis, nie bukti dia dania tengah sedap makan!


tengah sedap makan, sampai tak sempat nak baca doa makan


meleleh air liur, tengok dania makan kuih nie!

 siap jilat lagi tue, best sangat ar agaknya tue



budak nie macam tak cukup makan, sampai kuih pun dia nak melantak


p/s : kepada sesiapa yang berminat nak suruh ezan watkan header, email ezan yea :)

Tuesday, November 9, 2010

tolong vote 4 mia sayang :)

assalamualaikum semua

tadi, pergi blogwalking, pastue jumpa 1 contest nie, so tertarik dengan contest nie, sebab senang jew, upload pic kucing kita, ehehe..so ezan pun nak try lah kan nasib, kot-kot ada lah rezeki anak bulus dania nie. banyak-banyak gambar, ezan pilih yang ini okey tak??





so mintak tolong vote untu dania ek, hikhik boleh tak?

senang jew mula-mula anda perlu like page nie


lepas itu, klik LIKE dekat foto mia nie, itu sahaja :)



thanks yea!


Saturday, November 6, 2010

dania dan garfield- garfield

budak gemuk nie, dah pandai pilih makan, sekarang asik nak makan ayam jew, RC ngan BW sikit jew dia jamah, tapi kalau bg ayam rebus, laju jem dia makan. dania sayang, kamu tak boleh makan tiap-tiap hari ayam, nanti kalau dah obesiti siapa yang susah??

dah besar-besar pun minum susu lagi, air kosong sikit pun dai tak nak jamah. tengah syok-syok dania makan, tiba-tiba ada bunyi kucing mengeow..nak tau siapa dia?


nie lah dia orangnya, hehe nie kucing stray dekat belakang rumah ezan. ezan bagi dia nama garfield, selalu dia akan tunggu dekat tingkap umah ezan nak mintak makan. pandai dia berdiri.


dania, mengusha garfield, terbantut dia nak makan, sebab ada kucing lain tengah mengintai dia, hihi

tengok tue, mia pandang garfield. garfield tue sikit pun tak kisah dekat mia, dia buat tak nampak jew :)

sepatutnya dorang nie ada 5 beradik, tapi 3 dah tak nampak bayang, so tinggallah 2 nie jew, yg belakang namanya garfield jugak..haha diorang nie sebenarnya kucing jiran ezan, tapi jiran ezan dah pindah, so diorang pun ditinggalkan begitu sahaja, kesiankan.

tengok, mia nie siap keluarkan kepala dekat tingkap, tak puas tengok garfield kat luar rumah tue

 kesian tengok diorang lapar, bagi sikit kibbles dengan ayam rebus tadi, garfield yang lagi sekor tue takut sikit dengan orang, so dia tak berani nak dekat, cuma yang nie jew manja dengan ezan.

bila aku bangun, barulah lagi sekor tue datang nak makan sekali. sekor jantan, sekor betina. nielah dia keluarga garfield.


lastly gambar mia :)












Thursday, November 4, 2010

sudah genap 6 bulan :)

binatang berbulu ini sudah seminggu tidak mandi, gara-gara kemalasan tuannya yang asyik suka bertangguh! jadi hidulah bau yang kurang menyenangkan dari budak berbulu ini.

pagi tadi baru rajin nak mandikan dia. dania nie best mandikan dia sebab, dia tak kan keluarkan suara pun, dia senyap jew, tak macam kucing aku yang baby tue, ganas betul siap melompat-lompat time nak mandikan dia. maybe sebab dania nie betina so sopan lah sikit.. hahaha

jom layan gambar yang aku tanglap ketika memandikan dania :)

tengah mengusha kucing jantan jiran sebelah, hihi


sebelum nak pergi mandi :)
saya nie kurus jew sebenarnya, jangan mudah tertipu yea, hikhik


sempat lagi tengok cermin tue, time nak syampukan dia, sabo jewlah!

tengok, siap tertidur lagi, memang kaki tidur betul dia nie!

time untuk keringkan bulu, dania paling tak suka kalau ezan keringkan bulu dia,mesti dia akan meronta-ronta

lepas mandi, macam biasa, tidur tak hingat dunia :)






Thursday, October 28, 2010

rajinlah pulak jilat-jilat bulu

assalamualaikum semua,sihat tak hari nie?

hari nie, ntah ape mimpi, mia saya tue tiba-tiba rajin lah pulak nak bersih-bersihkan bulu dia, kalau tidak pemalas tahan gaban. sampai taik mata sendiri pun malas nak buang, sampaikan dah banyak pun tetap dia biarkan jugak! last-last aku jugak yang tolong buangkan, sebab geli tengok taik mata dia tue, hehe.

nak tengok tak budak pemalas, jilat-jilat bulu dia, jom kita layan gambar kat bawah nie.


sebelum bulu dicuci :)


kita cuci dulu lengan, sebab baru pas makan tadi


jilat pulak jari tangan, bagi hilang bau ayam rebus


kita bersihkan pulak bulu-bulu di kaki


lepas tue, bersihkan pulak bulu dekat tuuuttttt :)


yeay, tengok mia dah cantik dan bersih, cepat lah masuk meminang mia :)


dania sayang :p







Wednesday, October 27, 2010

ini mia lah!


hya, entry kali nie pasal mia lagi! ehehe dania nie sebenarnya ada nama timangan tau iaitu mia okey, bukan adik mia sara nasuha tue, hehe. kali nie jom kita tengok cara-cara mia nak tido. my baby nie dah nak masuk 6 bulan, tak sabar nak tunggu dia besar, nak timang cucu pulak, haha macam misz pinkie winkie nie, dah dapat cucu, jelez ezan!


mula-mula, naik atas meja, tengok mata dia dah stim kan, nak tido ar tue, tak sampai 10 minit,tempat macam tak best jew, mia terus turun naik atas katil.



tadaaaa..tengok lah tak senonoh punya anak dara, duduk tak sopan sungguh!



mummy please hug me!



tengah kira kambing, bagi mata cepat mengantuk :)


Monday, October 25, 2010

siapa nak kucing nie, angkat tangan cepat!

semalam masa duduk lepak-lepak dengan dania dekat rumah, tiba-tiba ada suara anak kucing mengeowww! aku pandang dania, ingatkan dia yang mengeowww..tapi dia geleng kepala, hehe tipu jew.. tiba-tiba intai kat luar, tengok sekor anak kucing datang kat umah, dalam hati bermonolog sendiri "lah kucing orang nie kew, kata kurung kucing kat umah, tapi nie terlepas gi umah aku apa cite!"

kalau korang tengok kucing dia nie, macam tak cukup makan kot, lapar giler-giler la, aku cakap lah kat kucing tue " apa tuan kau tak bagi makan ke kat kau nie?" tapi hati nie walaupun geram dengan tuan kucing tue, tapi binatang kan, aku bukan lah sekejam itu, kesian tengok mengeow jew kejenya, aku pown amik lah makanan dania, bagi dekat dia, wah teruja giler tengok dia makan, dengan lahapnya, aku nak pegang makanan dia, dia marah kot.ehehe tapi sayang terlupa nak snap gambar time dia makan!

yang bestnya dania, asik ikut jew kucing tue pergi mana, dia macam mengawasi jew setiap tingkah laku kucing tue, pas jew habis makan, dia masuk dalam rumah aku, lepak kejap atas sofa, lepas tue, aku biarkan sekejap, dalan 1 jam tue, aku hantar dia keluar rumah dan cakap kat dia pergi balik rumah, takut lah nanti tuan dia cakap aku nak culik pulak kucing dia nanti!


dania memandang dengan tidak puas hati, hehe


nie lah kucing yang mengeoww tue :)



lepas kenyang, lepak kejap atas kusyen empuk, hikhik



tengok, dania sedang mengawasi kucing nie :)





Sunday, October 24, 2010

makanan peberet dania sayang!

dah 3 hari berturut-turut kucing gemukku, aku bagi dia makan ayam rebus, wah! muka dia punya lah berseri-seri bila bau jew ayam rebus. mesti korang bayangkan macam mana dania buat muka berseri-seri..haha seronok jew tengok time dia makan, laju jew dia licin kan mangkuk tue.

suka bagi dia makan ayam, sebab bagi dia cepat sikit gemok, ehehe, dania macam biasa lepas makan, masuk bilik aku, naik atas katil, dia pun tidur la dengan senang hatinya, haha. tapi aku pelik tengok dia nie, asal nak tido jew mesti nak masuk bilik aku, padahal, ruang tamu umah aku tue punyalah besar, dalam bilik aku jugak dia nak tido.



mummy so delicious!!


tak pandang kiri kanan, kalau dapat makan ayam rebus :)


yeah, tinggal lagi sikit jew nak habis!


perut dah kenyang, hati pun banyak senang, kita tido lah!








Sunday, October 17, 2010

makin besar, makin pelik perangai

sekarang dania dah nak masuk 6 bulan, makin besar makin pelik perangai dia dibuatnya, sekarang dia suka masuk dalam almari pakaian mak aku,pantang pintu almari tue terbukak, pasti dia akan masuk,dan sekarang hobi dia suka tido dalam almari pakaian mak aku,  tengok lah gambar kat bawah nie, dia cuba nak menyorok dari aku,seboleh-boleh nak masuk dalam pakaian yang menimbun tue, dania, dania makin besar, makin degil, makin nakal.



cuba nak menyorokkan dirinya




bila dah penat main nyorok-nyorok, mata pown mengantuk


pic last nie, time umur 2 bulan :)

Tuesday, October 12, 2010

dania saya tak lalu nak makan, sedihnya :(






arghhh....rindunya aku dekat dania, baru 3 hari aku tinggalkan dia, tapi dah rindu! sedih sangat, tadi my sis kol, dia cakap "dik, kucing ko tak nak makan, tak nak minum! dah dua hari dia macam tue" my sis cakap lagi, mungkin dia rindu kat aku! ya allah,sedihnya dengar, aku baru plan nak stay dekat ipoh samapi hari ahad nie, sebab hari jumaat nie ada dinner untuk semua pelajar semester akhir, sekarang nie tengah berbelah bahagi hati aku antara nak pergi dinner atau balik awal.

aku nak sangat pergi dinner nie, sebab dah last sem kan, nanti bila lagi ada masa nak jumpa kawan-kawan, tapi aku kesian jugak dekat dania, sebab dia tak nak makan, aduh susahnya.... :(

ok, setelah dipikir masak-masak, aku buat keputusan untuk balik awal ke rumah, tak jadi untuk pergi dinner, tak apa lah mungkin tak ada rezeki nak pergikan, nak buat macam mana, lagi pun kesian kat dania, dah berapa hari tak lalu nak makan.


p/s : dania sayang, tunggu yea nanti kakak balik hari rabu nie!!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails