nuffnang ads

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

pakai tudung, kain terbelah???

assalamualaikum semua, sihat tak hari nie?


semalam ezan pergilah pejabat pos, nak pos barang, sedap-sedap tengah tunggu giliran nie, masuk lah ada 1 orang perempuan muda, dalam 20 tahun keatas, hebat tak ezan boleh teka umur dia, hikhik..

ok ceritanya begini, tgk dari atas dah molek cara berpakaian, menutup aurat, bertudung, pakai baju kebaya tapi tak ketat sejuk mata memandang boleh buat menatu. tapi bila perempuan tue berjalan depan ezan dia nak duduk, sebab ezan duduk baris yang kedua, sekali ezan terpandang kain dia, makkkk aiiiiii! panjangnya terbelah kain dia, siap boleh nampak seluruh betis dan pangkal peha. gebu siott, hahaha

tapi peliklah perempuan nie, kalau yea pun nak pakai macam tue,tak payah lah nak pakai tudung, buat malu jew..bila tengok atas dah molek, tapi bila pandang bawah tengok tang kain tue, masyaallah. memalukan wanita lain jew yang memakai tudung.

lepas dah setel pos barang, ezan nak balik lah kan. tapi jumpa lagi sorang perempuan nie, badan agak tembam, free hair. cara dia berpakaian boleh menaikan nafsu aku lelaki, korang tau tak seluar legging yang ramai sekarang remaja lelaki perempauan yang pakai, seluar tue kan jenis melekat kat badan, lepas tue nipis. budak perempuan nie, pakai seluar tue dengan baju baby T yang singkat, korang boleh bayangkan tak macam mana rupa dia??? kalau yea pun nak pakai legging, pakai lah baju yang labuh, tak ada lah kalau orang pandang, asik nak tengok bahagian bawah jew, hehehe ezan tengok sambil geleng kepala jew, speechless!

korang pernah jumpa tak orang yang macam nie? meh share sikit, drop comment kat sini.


psssttt : wahhh teruja sebab fatin liyana yang cantik tue, sudi pakai header yang ezan buatkan untuk dia :) dan lagi satu, ezan dapat BE yang ke 9, syukur alhamdulillah rezeki anak bulus dan thanks nuffnang 

Tuesday, November 9, 2010

anda pilih pasangan berdasarkan apa?

assalamualaikum semua

korang semua mesti pernah couplekan atau berpasangan, cuba angkat tangan sape yang tak pernah bercinta? tak kisah lah cinta monyet ke, cinta kera ke, janji cinta.

nak tanya sikit lah, kalau korang nak mencari pasangan untuk dijadikan kekasih, korang akan pilih dari segi apa ek? contohnya ada separuh orang akan memlilih pasangan berdasarkan paras rupa, nak yang hensem yang cantik jew! kalau tak hensem ngan cantik habis diREJECT! tapikan kalau dapat yang hensem atau cantik nie, mesti hati selalu jew curiga dan tak yakin, yealah dapat bf/gf yang hensem cantik semua, kalau time keluar, mesti ramai yang usha...betul tak??? dan time tue mulakah timbul perasaan jelous, yealah takut hati si dia berubah hati

ada pulak yang jenis pilih harta dan bayak duit, kalau kau tak ada kereta, wallet tak tebal, jangan harap nak tackle aku! ada tau orang jenis macam nie, sampai ezan ada sorang kawan nie, nak cari bf yang ada kereta, kalau ada moto dia tak nak keluar dating, hikhik sampai kesian kat bf dia terpaksa pinjam kete kawan. sadiskan!

ada banyak lagi kriteria, tapi 2 jew lah, ha korang pulak macam mana? pilih pasangan berdasarkan apa, jom lah kita kongsi-kongsi :)


alhamdulillah syukur kepada allah, sebab murahkan rezeki ezan lagi untuk anak bulusku dania, tadi cek akaun nuffnang ezan dapat lagi 2 BE, so semuanya ada 8 BE! dari acuvue and ikea..thanks nuffnang :)

Thursday, October 28, 2010

renungan bersama, ambil masa 3 minit jew untuk baca dan fahami

 Mungkin ada yg pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam..
tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana..
adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje..
bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai..
tak cukup masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa?
gelak tu kan realiti..

tapi yg paling lawak sekali..
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?
berapa banyak????


*sumber dari facebook

Sunday, October 17, 2010

jangan pegang-pegang



gambar di atas adalah ana rafali, yeah! ezan suka giler lagu dia tajuknya "kalau berpacaran" memang best giler okey, lagi-lagi kalau tengok lirik dia. lagu nie memang sesuai untuk pasangan kekasih, jom layan video lagu nie!

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus
Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x



Tuesday, October 5, 2010

blog shawl and inner yang sangat best!

assalamualaikum semua, kali nie nak cerita skit blog yang selalu aku beli inner tudung yang super duper best gilew.hikhik.. aku nie kerjanya rajin beli on9 yea, sebab malas nak pergi tingkap shopping :) sebelum nie aku selalu pakai inner yang melekat kat dahi tue, muka aku nie dah ar bulat, bila pakai nampak macam telor mata kerbau jew,hikhik...

ada satu hari tue, aku termasuk website yang jual inner nie, wahhhhh!! forst time masuk teruja gilew tengok inner dia yang cantik-cantik and yang paling best inner yang dia jual tak melekat kat dahi, so tak ada dah lah muka jadi macam telur mata kerbau :)  lepas tue kita siap boleh pilih lagi inner warna apa yang kita nak, macam pic kat bawah nie :



so, aku dengan excitednya telah order 4 inner 2 tone dekat ayun, nie lah inner yang aku order tue


sangat best giler bila pakai inner nie, kalau time keluar dengan kawan-kawan mesti diorang akan tanya beli kat mana, and soalan yang selalu sangat diajukan, "eh nape ko pakai inner tak melekat kat dahi ek?" lepas tue aku mula lah, promote blog ayunar kat kawan-kawan aku, bak kata orang sharing is caring :)


nie aku pakai inner 2 tone, tapi guna warna hitam jew :)


yang nie aku guna inner 3 tone, cara slating nie, aku tengok demo video ayun buat :)


ini pown aku tengok demo video ayun, untuk buat inner macam gitu :)

so, siapa-siapa yang nak cari inner yang cantik-cantik boleh tengok dekat sini yea ayunar.biz pasti korang semua akan puas hati giler!

p/s : thanks ayun, sebab sudi wat demo, cara mcm mana nak pakai shawl gipsi tue, sayang ayun sangat-sangat...mmmuuahh!




Friday, September 24, 2010

Tazkirah Jumaat : Solat dan 5 Jenis Manusia

assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca blog, hari nie hari jumaatkan, so saya nak kongsikan sedikit pasal solat dan 5 jenis manusia, yang aku rasa sesuai untuk kita renungkan bersama.


1- Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.



2- Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. 

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.



3-  Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu. 

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.



4- Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya. 

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. 

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.



5- Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. 

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya.




p/s : semoga kita semua tergolong dalam golongan yang ke 5  amin :)
 

Thursday, September 23, 2010

tips untuk orang yang suka tarik rambut !




kali nie aku nak share sikit tips-tips untuk orang yang suka tarik rambut permpuan bila gaduh mesti korang ada habbit macam nie kan, bile duk sorang-sorang tue suka tarik rambut, aku pown penah ada kawan macam nie, hobi dia kalau duduk sorang-sorang suka tarik rambut, bila aku tanya "ko nie tak ada benda lain ke dah nak cabut?" dia cakap dengan aku " aku tarik rambut gatal la weh", speechless kejap rambut pown ada gatal ek??

sebenarnya tak elok tau hobi yang cabut-cabut rambut nie, sebab boleh buat rambut korang jadi nipis, boleh kira ngan jari jew nanti kalau rambut korang jadi sikit...hikhik, sebab aku tgk kawan aku yang suka cabut rambut,tue pown dah makin nipis rambut dia, tinggal nak botak jew..haha ok kat sini aku nk kongsi tips, macam mana korang nak hilangkan habbit nie


1) korang boleh gunakan topi, scarf dan benda yang boleh menutup kepala kamu,bagi mengelakkan tangan korang untuk mencabut rambut tanpa sebab. kalau nak guna gari pown boleh..hehe

2) kalau boleh buat nota dan tampal lah dekat mana-mana untuk membolehkan korang tersedar dan teringat bila korang cuba untuk mancabut rambut tersebut, "eh aku tak boleh cabut rambut suka-suka hati, nanti boleh botak" haa macam tue lah caranya nampak tak, mesti bila dah baca nota yang ditulis mesti korang terus tersedar :)


3) suruh teman-teman rapat korang menegur atau memarahi kamu, jikalau mereka terlihat korang mencabut rambut, jika cara menegur atau memarahi tidak berkesan, suruh jew kawan korang untuk lempang korang..haha

ok 3 tips sahaja yang dapat aku kongsikan, sekiranya tak berjaya jugak korang boleh lah botakkan rambut!


Wednesday, September 22, 2010

meleleh air liur basi, cepat lap!


*credit picture to google, tak dapat cari pic air liur basi, tapi kalau aku taruk takut korang muntah ijo pulak!

assalamualaikum, entry kali nie aku nak share sikit pasal air liur basi,hikhik baik ngaku cepat siapa kalau tido selalu keluar air liur basi? eh,malu lak nak ngaku, kalau nanti suruh tunjuk bantak busuk mesti banyak dah kan peta yang korang buat, hikhik..

ok, lah aku nie pengakuan jujur aku lah, aku pown ada air liur basi gak..tapi, tapi bukan selalu okey! air liur basi aku akan keluar, kalau aku tidur meniarap, dan terlampau penat. aku saje-saje jew lah kan pergi dekat pakcik google,search pasar air liur basi nie,lepas tue jumpa info pasal benda nie, aku nak share dengan korang semua

1) selepas bangun tidur, korang jangan berus gigi dulu, korang ambil air masak, lepas tue kumur dan minum air tersebut, mesti korang akan euuwww geli rasa nak termuntahkan, tapi, tapi korang kena tahu ia akan membuatkan korang menjadi awet muda dan dapat menyembuhkan beberapa penyakit di dalam badan.

2) sistem rawatan tersebut juga telah menjadi amalan rasulluah S.A.W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan mujarab oleh pakar sains.

3) Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa, sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

p/s : info-info nie aku dapat melalui internet, so betul ke tidak walallahualam.

Tuesday, September 21, 2010

maher zain the best!


Assalamualaikum....jawab yea salam saya, tidak berdosa, hikhik.. nampak tak gambar siapa kat atas tue, ha tue lah dia bf baru aku,hihhik.. eh tak itu hanya impianku yang musnah, mana mungkin maher zain nak kat aku. okey straight to ampang point, kalau siapa tak kenal dia meh aku kenalkan.

gambar di atas itu adalah maher zain, seorang penyanyi nasyid, dan berketurunan lubnan dan baru sahaja 28 tahun, dan aku adalah peminat semua lagu-lagu yang beliau nyanyikan. sungguh first time saya dengar lagu dia  tajuknya "open your eyes" aku telah jatuh cinta kepada suara beliau. setiap malam kalau nak tidur mesti kena dengar lagu dia, kalau tak aku tak boleh tidur, ala aku ibaratkan macam dia tengah dodoikan aku tidur lah..hikhik..lagu feveret aku "open your eyes" , "insyaallah" , "for the rest of mylife"

kat sini aku taruk video lagu "insyaallah" jom layan, kalau nak dengar lagu lain, korang search jew lah kat youtube ek :)











p/s : macam mana best tak korang dengar lagu nie??

kekasih lama datang kembali



pernah tak korang alami situasi kekasih lama @ aku suka panggil bekas tupperware datang semula dalam hidup korang dan mintak untuk bersama kembali, ala macam dulu-dulu tue..aku nak tanya korang, kalau jadi situasi nie kat korang, dan dalam situasi yang sama korang sudah ada penganti yang baru korang akan terima balik tak?

dekat sini, aku just nak bagi dua sebab kenapa, anda harus menolak permintaan si dia untuk bersama kembali kepada anda, aku cuma bagi dua point jew, aku rasa tue pown dah cukup kot,hikhik kalau korang ada point nak tambah, boleh la drop comment yea :)


1) sekiranya time tue anda dah ada yang berpunya, dan si dia yang lama ingin menagih semula cinta kepada anda, katakan TIDAK kepadanya, sebab kan time tue anda dah berpunya, lain lah kalau anda masih single lagi boleh la..hahahaha..eh, itu hanya gurauan sahaja yea, walaupun anda masih single@berpunya time itu, anda perlu  tolak perlawaan dia dengana cara yang baik, sebab tidak mustahilkan kalau dia sanggup jugak tinggalkan kita untuk kali yang kedua nya, macam peribahasa tue, tak nak durian berbuah dua kali okey.

2) anda juga perlu tahu, sebab apa anda ditinggalkan dahulu, contohnya kalau anda ditinggalkan dahulu sebab si dia mempunyai wanita lain, seharusnya anda tidak perlu untuk menerima kembali lelaki seperti dia, walaupun pada time tue, anda masih single, dan masih sayangkan lagi diri dia, anda seharusnya tidak menerima kembali si dia, sebab betapa mudahnya dia meninggalkan anda sebab perempuan lain, aku umpamakan macam nak tanggal pakaian, senang-senang jew dia buang, bila dia nak, dia pakai balik pakaian tue, macam mana dia nak rujuk kepada anda semula....jangan imagine yang bukan-bukan yea..hikhik..

lastly aku nak cakap, tapi kalau dah jodoh korang jugak dengan bekas kekasih lama nak buat macam manakan, terima jew lah, dah jodoh pertemuan ajal dan maut di tangan tuhan.

p/s : aku nie, website tak siap-siap lagi, boleh plak nk update blog, takutnya jap gi lecturer nak datang tgk tempat L.I   :/

Thursday, September 16, 2010

bahaya pakai kanta lekap buatan korea!


sekarang nie ramaikan dekat blog orang jual kanta lekap murah-murah, ada yang harga cuma 35 dan keatas,tengok murah betulkan,tapi ada risiko bila pakai kanta lekap yang murah-murah nie. lagi-lagi buatan korea. korang pown mesti ada belikan kanta lekap yang made in korea nie kan..kan..baik ngaku cepat..hikhik...cakap orang jew aku nie, padahal aku pown pernah beli jugak! tapi aku pakai sekejap jew,sebab aku rasa rimaslah bila pakai benda alah nie. sebab dah lama aku tak pakai kanta lekap nie, sampai dah keras dia punya lens tue..hikhik..

kalau korang nak tau lebih lanjut bahaya guna kanta lekap yang murah nie,korang boleh tgk dekat kosmo, klik sini

p/s ; bersyukurlah dengan mata yang allah bagi :)

Wednesday, September 15, 2010

jom masak masak!


tadi pergi berblogwalking, lepas tue jumpa resepi bitterballen nasi dekat blog kak diana,resepinya simpel jew dan senang nak buat, bahan-bahan pun memang dah ada dalam freezer tue, so sekarang nie, nak try lah,hehe lepas tue kalau RAJINlah kan nak nak buat kek coklat badam. kalau nak resepi bitterballen nasi tue boleh klik dekat sini yea klik

p/s : kalau jadi aku buat resepi nie, nanti aku tunjuk pic dia okey :)

Saturday, September 11, 2010

akhirnya......



yes! akhirnya aku jumpa jugak tajuk lagu yang aku nak dari cerita "syurgamu ramadhan"  cerita nie memang best giler, pada aku lah kan..hehe tak tau lah pada korang macam mane. tapi cerita nie dah habis dah pown, hari khamis minggu lepas, ending dia pown menarik! tak ada lah macam ada separuh drama tue, cerita dah best, tapi bila ending macam hampas kelapa, penat jew tengok!

lagu nie, ada dua version suara, satu lelaki ngan satu lagi perempuan, tapi aku suka pompuan nyanyi best! tapu aku suka gak lelaki nyanyi feeling jew, dia punya lirik pown, aku suka, yang penting semua aku suka lah, hehe. jom hafal lirik lagu nie :


Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.


Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui


ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia


kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu


kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara


Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu

best tak, best tak lirik dia? dah hafalkan, mari kita berkaraoke pulak, jangan bimbang siapa yang tak hafal lagi tue dah ada lirik pown dalam video nie, jom nyanyi sama-sama dengan cikgu..hikhik


                                                                                                          
                          


seronok tak nyanyi? ok lah, aku nie merepek jew banyak la, kat sini aku sertakan link sekali untuk korang download, kalau nak lah kan..hikhik, nie dia :

lagu versi pompuan : download

lagu versi lelaki : download


ok la, selamat mendownload semua :)

Sunday, August 29, 2010

Kenapa kalau kita bersin mata mesti tertutup?





salam semua, ok hari nie nak share sikit pasal bersin, semuo orang pernah bersin kan? so perasaan tak, kalau time kita bersin tue automatik mata kita mesti terpejam, x tau la plakkan kalau ada orang yang luar biasa dia bersin mata terbukak pulak, hehe

nak tau tak kenapa bila bersin jadi macam tue, setelah mencari di google akhirnya dapat jawapan atas persoalan tadi, nie dia sebab dia yang kukuh :


Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling bertautan, sehingga ketika kita bersin, maka secara automatik mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak dimasuki oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.
Selain itu, ketika kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut atau berhenti berdegup untuk seketika . Setelah selesai bersin maka jantung akan berdegup kembali.
Oleh kerana itu, dalam agama Islam, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Tuhan iaitu "Alhamdulillah" yang bererti "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah berfungsi lagi normal seperti biasanya, setelah terhenti sejenak disebabkan oleh bersin kita tadi....=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails