nuffnang ads

Wednesday, November 3, 2010

rindu pak tam :(


*nie black, mata dia buta sebelah, tapi mata dia warna biru, cantikkan!

hari nie tiba-tiba teringat dekat kucing yang ezan bela, masa first-first dulu, nama dia pak tam, sebab warna hitam, hikhik..dia sama macam gambar kucing ezan yang nama black tue :)

ezan jumpa pak tam nie, time dia baby lagi, masa tue dengar bunyi kucing mengeow, bising sangat,  ayah pun carilah mana datangnya bunyi kucing tue, cari punya cari jumpa bawah kereta. kesian tengok dia sorang-sorang jew dekat bawah kereta tue. cari jugak ibu dia, tapi tak ada. last-last decide nak bela pak tam, sebab kesian, tak kan lah nak biarkan dia duduk bawah kereta tue, dah lah tak ada ibu, masih baby lagi.

maaf yea, sebab ezan tak ada pic pak tam, sebab time dulu-dulu tak ada handphone berkamera, hehe. seronok bela pak tam sebab dia aktif sangat. tiap-tiap malam panjat atas atap, pegi buru tikus. lagi satu ayah ezan paling sayang sangat dekat dia, pak tam nie cerdik, bila dia dengar jew bunyi motor ayah ezan balik kerja, dia akan berlari lepas tue tunggu depan pintu. 

pak tam nie, jenis kucing kampung, so memang akan lepaskan dia, dan tak pernah kurung dia dalam sangkar. lagi pun, dia pandai balik rumah bila waktu malam. hampir 1 tahun lebih jugak, ezan sempat bela dia. tapi sedih sangat bila kenangkan dia mati.

biasalah kan nama pun kucing jantan, bila dah time miang tue nak mengawan, mula lah lupa nak balik rumah. macam pak tam nie, bila dah datang musim mengawan, lupa nak balik rumah. puas dah dok cari dia merata tempat, tapi tak jumpa-jumpa jugak. tunggulah dia balik sendiri, tapi tetap jugak tak balik-balik.

seminggu lepas tue, jumpa pak tam kat belakang rumah, ya allah tengok keadaan dia time tue, sampai menangis dibuatnya, badan dia dah kurus sangat, lepas tue mulut dia ada keluarkan cecair warna hijau, busuk bau dia. sedihnya tengok dia, sampai menanggis. seminggu dia tak balik sampai macam nie keadaan dia bila balik rumah.

dah tengok keadaan dia macam tue, ezan ambik dia, bersihkan mulut dia yang keluar lendir hijau tue, kesiannya tengok dia, sampai tak boleh nak minum dan makan. besoknya bawak pak tam pergi jumpa vet, sebab kesian sangat tengok keadaan pak tam yang kritikal. 

bawak jumpa vet, dia cakap tak boleh diselamatkan, dan dia kata jalan penyelesaianya enjit bagi pak tam mati sahaja. tapi aku tak bagi, aku cakap biarlah kalau dia nak mati, biar dengan sendirinya bukan dengan enjit. aku tak sanggup nak bunuh dia. doktor tak dapat kenal pasti sebab apa lendir tue keluar, dia kata maybe pak tam termakan benda yang beracun.

balik rumah isi pak tam dalam kotak, tengok dia makin lembik dan tak bertenaga, last-last ezan bancuhkan air glukosa dan suapkan dekat mulut dia, bagi dia bertenaga. kesian kalau lihat pak tam menanggung kesakitan, mulut dia setiap saat keluarkan lendir yang berbau busuk tue, walaupun kerap kali ezan bersihkannya tetap keluar jugak. ezan tak kisah walaupun lendir tue busuk dan boleh buat orang muntah, janji ezan nak tengok pak tam sihat!

tapi tuhan lebih menyayanginya, pak tam mampu bertahan seminggu sahaja lepas bawak pergi jumpa vet tue, time nak bagi minum glukosa tue, tengok pak tam dah keras. ya allah, hati ini hanya tuhan jew tahu, menangis semahu-mahunya. ezan tak sanggup nak tanam pak tam, last-last ayah yang tanamkan. 

rindunya dekat pak tam :(

 walaupun tiada gambar yang menjadi kenangan dan menjadi tatapan ketika rindu, namun segala memori tak kan luput dalam ingatan...



6 comments:

  1. salam, dear ezan,

    sy suka juga keputusan ezan xmo enjit dia sbb sllunye owner akan suh enjit sbb xmo bg dia tanggung skit lama. tp dlm kes ezan ni sy phm.. lm tu seminggu xblk p2 jmp blk xkn trus nk enjit kn.. at least bg ezan masa utk jaga dia. rsnye dia pon rdu ezan sbb tu dia blk walaopon ikut nature kucing ni sllunye bila dia nk pegi, dia akan away dari umah. sy yakin sgt dia pun rdu tuan dia tu sbb dia kembali pada saat2 akhir dia

    ReplyDelete
  2. nama kucing amiey Tsunami tapi dia mati sebab gaduh ngan kucing lain :/
    rindu gakkkkk

    ReplyDelete
  3. dtg singgah sini balikk.
    syg betol kat kucing,bags2.
    tapi... aku alergik laa dekat jek dah stat bersin.
    and aku geli bulu2 kucing2.. huuu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails