nuffnang ads

Thursday, October 21, 2010

tinggal kenangan, terlalu rindukan dia :(

bila terbukak folder gambar, terlihat gambar-gambar kucing aku yang dah pergi buat selama-lamanya. rindunya dekat mok! kalau lah mok ada sekarang, mesti dah besar macam baby. mok dengan baby nie dorang berdua adik beradik, tapi yang hidup baby sorang jew. aku amik dorang dekat kedai runcit, time tue kesian sangat, tengok dorang berdua, lagi-lagi mok sebab, time aku amik dia, mata dia penuh dengan tahi mata, sampai dah kering dan mata dorang jadi bengkak.

time tue memangis tengok dorang, last-last decide nak amik dorang berdua dan bela. masa tue umur dorang maybe dalam 1 bulan lebih, kesian...badan kurus sebab tak ada siapa bagi makan. bawak balik rumah, mandikan mereka berdua dan bersihkan mata diorang dan untuk hilangkan bengkak mata tue, aku sapukan minyak gamat. alhamdulillah, aku tengok makin surut bengkak mata diorang tue.

dorang berdua masih kecik lagi, so perlukan susu, tapi ibu dah tak ada, jadi aku pergi petshop, cari botol susu dan beli susu untuk kitten, untuk gantikan susu ibunya. seronoknya tengok time dorang  dapat minum susu tue, berebut-rebut nak hisap botol, hihi comel jew tengok. aku sempat bela mok dalam 4 bulan 5 bulan macam tue, lepas tue dia dah pergi buat selamanya. aku memang sayang giler dekat dia, sebab dia menjadi peneman aku sepanjang hari.

aku sempat jaga mok tak lama, sebab di mengalami masalah cirit birit, dah bawak gi jumpa vet semua, tapi still jugak tak baik-baik, time tue aku menangis giler-giler, kesian tengok dia, sampai dah kurus jadinya, makan minim semua tak mahu. doktor kata kalau dia tak nak makan, bagi dia minum air glukosa untuk bagi tenaga, tapi dia still jugak tak nak minum, last-last aku terpaksa suap kan air bagi dia minum.

satu hari tue, aku tengok, dia dah boleh bangun, dan aku tengok dia makan sikit, hati aku gembira bukan main lagi, sebab ingat dia sudah semakin pulih, tapi apakan daya, malam tue aku tengok dia cirit birit lagi, ya allah kesiannya aku tengok dia saat itu, aku lihat dia seumpama  dah tidak berdaya lagi, nafas dia makin tersekat-sekat, akhirnya apa yang aku takutkan terjadi juga, dia pergi juga. ya allah, saat itu aku menangis semahu-mahunya, aku lihat sendiri dia pergi depan mata aku, betapa pedihnya hati aku saat itu, hanya tuhan yang tahu.



selepas kena mandi, kesejukan mok dan baby :)



nie lah mok, sangat manja dan pemalas, ehehe


comel tak saya?


baby tengah menyusu, comel jew waktu nie :)





gaya tidur yang serupa


baby time besar, sekarang dah 2 tahun :)





p/s : rindunya dekat mok, kalau teringat dekat dia, mesti menangis :(



8 comments:

  1. sabarlah mmg itu lumarah hidup saya pun baru kehilangan Micheal.. Sedih coz tak dapat nak tatap untuk kali terakhir coz masa dia pergi saya masih di Vietnam..

    ReplyDelete
  2. sedihnya...

    tp Mok tentu berterima kasih dan bahagia kerana sempat merasa kasih sayang dr kamu, jgan sedih yer :)

    ReplyDelete
  3. @Adem Aizad

    yup betul, tapi sampai sekrang masih rindu dekat dia, sebab antara paling banyak kucing yang ezan bela, dia yang paling manja sekali, tapi nak buat macam mana kan, dah itu takdir nya..

    ReplyDelete
  4. @meowwmania


    thanks dear :)
    tidak sedih dah, cuma teringat sahaja dekat mok, walaupun dah lama dia pergi..

    ReplyDelete
  5. sama la...
    dlu anis ada kucing..nma tiger..syg sgt
    bla anis kt matrik, dia mati..
    ayah anis x gtaw..
    bla anis blik, cri dia..laz2 bru ayah gtaw..
    nangis trus anis...smapi ayah rsa bersalah sbb gtaw..
    huhu
    bla teringt kt dia, msti begenang airmata..
    dia bek sgt, slalu teman anis study

    ReplyDelete
  6. sabarlah ezan ..mungkin ada hikmah disebalik kejadian tu..saya pown pernah memiliki kucing lepas tu dia pergi selamanya dari saya..setiap malam sAYA menangis sebab rindukan dia.hanya dialah yg boleh hilangkan stres saye..tapi akhir nya saya redho dengan pemergian dia dan saye percaya ada hikmah disebalik semua tu..sabar ye..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails