nuffnang ads

Showing posts with label shah alam. Show all posts
Showing posts with label shah alam. Show all posts

Friday, April 4, 2014

crispy chocolate cadbury

Assalamualaikum semua....

entry kali nie, nak promote bisnes yang izan buat sekarang! hahaha saya tak kisah pun orang nak cakap apa, sebab blog sendiri kan, kalau nak mintak orang reviewkan produk bisnes kita kena bayar ratus-ratusan ringgit :p so baik kita promote dekat blog sendiri, hahahaha

actually izan baru sangat-sangat lagi buat bisnes kecil-kecik nie, sahaja mengisi masa terluang sambil menambah pendpaatan.hihi ok nak tau izan jual apa, izan jual crispy chocolate cadbury, macam nie rupanya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


*terliur tak? sangat suggestkan bagi siapa-siapa pengemar coklat! yummylicious :)

crispy chocolate nie, original coklat cadbury, tak ada campuran coklat lain ya uolss, sebab ada jugak izan pernah terbeli diaorang kata coklat cadbury, tapi bila makan,ermm dah dicampurkan dengan peanut butter.

kepada bakal-bakal penganti yang pening-pening kepala tak tau nak bagi doorgift apa dekat tetamu, haaaa korang boleh cuba order crispy chocolate cadbury nie! comfirm tetamu korang yang terima doorgift korang nanti happy sebab dapat makan crispy chocolate yang crunchy nie!

bukan boleh setakat untuk doorgift kahwin je, untuk nikah, cukur jambul, bertunang, doorgift hari jadi, boleh diakatakan semua bolehlah.

harga jangan risau, kalau korang ambik dalam quantity banyak, izan boleh bagi harga special punya! nak lagi harga special bagi kata laluan korang pembaca blog izan, hahaha

kepada nak order boleh call/mesej dekat no nie : 019-4604620 atau wechat dekat no nie : 010-5353134

harga 1 jar rm 7 ringgit. pada siapa-siapa yang duduk area klang/shah alam, izan boleh cod dekat korang. tapi belah malam jelah kalau hari isnin-jumaat. 

anything wechat or mesej ya kalau nak order.

p/s: kawan-kawan blog kalau rajin promote lah kat kengkawan ek, hehe tima kacih!

till then...





Thursday, February 27, 2014

The sumbs cafe tempat makan best di shah alam!

Assalamualaikum......


hai kengkawan semua, sihat ke? hihihi lama gila dah tak update blog nie, sebabnya satu sahaja Malas! buruk benor perangainya kan. tapi alhamdulillah walaupun blog suam-suam kuku masih ada jugak yang sudi lawat thanks korang! *hugggss*

last week izan ada pergi makan dekat the sumbs cafe area shah alam seksyen 13. tergerak hati nak pergi makan dekat sini sebab tertengok hanis zalikha punya ig dia pi makan panna cotta dekat sini. so dengan tidak semena-mena ajak husband pergi, maklumlah izan nie tak tahu jalan, hahaha

first pergi hari ahad dalam pukul 1, sesampai je dekat depan the sumbs cafe, mak aiiii ramainya orang tengah beratur nak tunggu meja, last-last malas nak tunggu ajak husband pergi next time je, sedih tau :( so last week pergi hari ahad, then pergi awal dalam pukul 12 dah sampai, hihi alhamdulillah memang rezeki nak makan dekat situ, ada lah tempat kosong, customer time tu pun tak ramai sangat.

so mari kita lihat menu yang diorang sediakan dan harganya
.
.
.
.
.

*harga yang diorang tawarkan sangat berpatutan


bila tengok je menu, dah blurr sebab kalau boleh semua nak order uolls! tapi takpe next time kita datang lagi cuba menu lain. so last-last decide pilih "pasta ala the sumbs" & chicken hunter" pencuci mulut pulak pilih "panna cotta" dengan "churr


*pasta ala the sumbs!

sedap gila uolls! rasa dia pedas-pedas, see sampai sekarang bila teringat telan air liur je! hahaha

*chicken hunter! nie husband yang order, tak tahu rasa mcm mana, sebab laju gila dia makan T__T


*churros dip in choc! delicious

*semangat gila makan! haha

*panna cotta! sedap gila makan bila cuaca panas-panas nie

* bagi husband rasa sikit, last-last dia sapu licin, haha

konsep makan kedai nie nampak lain pada yang lain, sebab dia hidangkan makanan dalam kotak! so nampak unik sangat. 

so izan memang recommended tempat nie dekat korang semua, pergilah cuba ek memang puas hati

open 12pm-11pm
closed on friday
address : Block 7, persiaran alami, seksyen 13, shah alam selangor








Tuesday, January 7, 2014

kad nikah

Assalamualikum semua..

eh terajin pulak nak update 2 entry dalam masa satu hari nie, hehehe ok nak share kepada ex-b2b area selangor untuk proses buat kad nikah.

firstly yang korang kena buat ialah pergi ambil surat perakuan nikah yang original dekat pejabat agama. macam izan hari tu nikah 1/12/13 then selepas 2 minggu lepas majlis pergi pejabat agamatempat izan, but malangnya belum siap lagi, dia cakap sistem ada problem, so sebelum pergi better call dulu tanya dah siap belum. jangan jadi macam izan membazir je cuti tapi tak boleh nak buat kad nikah.

lepas dah dapat surat nikah yang original korang fotostat sekeping then boleh pergi ke JAIS . tapi sebelum tu korang kena sediakan gambar passport suami/isteri okey. gambar isteri kenalah berpakaian sopan dan menutup aurat okey! jangan bagi gambar seksi pulak, hahaha

then dah sampai je JAIS, korang terus pergi  kaunter bawah tu ambik no gilliran, then nanti korang cakap lah nak buat kad nikah, nanti dia akan bagi satu borang kecik suruh korang isi, dah siap tunggu nombor dipanggil dan serahkan borang tadi tu dengan fotostat surat nikah dan gambar suami isteri sekeping sahaja. lepas tu bayarlah rm 40 ringgit. satu kad rm 20 ringgit. 

dah setel semua urusan, kad akan siap dalam masa 7 hari. so korang datang balik next weeknya bawak resit yang diorang bagi. time nak ambik tu salah sorang yang datang pun boleh suami/isteri. macam izan hari tu suruh husband tolong ambikkan je, hehe.

kebaikan kad nikah nie senang, sebab kita tak payah nak bawak surat nikah yang besar tu, nak lipat-lipat nanti rosak. ada kad nie senan isi je dalam wallet sebab bentuk dia kan macam kad pengenalan. 

ok mana yang tak tau dekat mana lokasi MAIS nie izan share alamat dengan landmark nak pergi sana



Jabatan Agama Islam Selangor, 
Bangunan Sultan Idris Shah, 
Tingkat 1 Menara Selatan, 
No 2 Persiaran Masjid, 
40676 Shah Alam, Selangor. 
Tel: 03-55143400  
Fax: 03-55103368








Wednesday, December 18, 2013

Review : Baju nikah

Assalamualaikum....


 mood izan rajin sangat hari nie nak update blog, alhamdulillah naik kerja, kerja kat office pun tak banyak bersyukur sangat,so ada masalah nak update, hihi

here we go! second review kali nie nak cerita pasal baju nikah. mula-mula fikir nak sewa je baju nikah untuk lelaki dan perempuan, tapi tak jadi, sebab bila survey-survey harga rata-rata sewa dalam harga 500++ agak mahal sebab, dapat pakai sekejap je then nanti kena pulangkan balik baju tu.huhuhu

so bila bincang-bincang balik dengan pakwe (sekarang dah jadi suami) hehe kitaorang decide nak beli kain dan hantar tempah. memang harga untuk beli kain & hantar tempah lebih kurang je dengan harga sewa, tapi yang bezanya baju tu nanti kita boleh simpan, so keluarkan sikit duit untuk baju nikah berbaloi sebab nanti boleh guna balik ;)

survey punya survey tailor akhirnya jumpa dekat fb izan, orang sekampung je rupanya, senang dekat kalau nak datang fitting nie kan. izan discuss je dengan tailor tu nak baju macam mana then tanya kos upah semua. bila bincang-bincang dengan suami dia kata ok. yelah baju melayu murah je tempahnya, baju perempuan lah yang mahal sikit kan, nak kain kembang lah, nak buh manik lagi. so close deal dengan tailor tu dapat harga 470 untuk baju perempuan dan 120 untuk baju melayu lelaki so total rm 590.

nak ikutkan baju izan dalam 400 lebih je, tapi disebabkan izan silap beli lining yang nipis T__T terpaksa suruh tailor tu beli kain lain untuk lining, tu harga bertambah sikit. tapi alhamdulillah, izan sangat puas hati dengan jahitan dia kemas sangat, jahitan manik dia pun superb cantik! 

*full view design baju dah siap

*veil

*first fitting belum jahit beading lagi

*masa nikah nie je ada gambar dari hp izan



*sorry quality gambar gelap,hihi

so kalau ada siapa-siapa sekitar klang/shah alam tengah mencari tailor ke, izan cadangkan buat dekat duan buhari.

No Tel: 016-7256805

ok till then......


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails