nuffnang ads

Friday, March 17, 2017

Kisah seorang perempuan OBESITY

Assalamualaikum......

Entry ini mungkin panjang, so mohon bertabahlah untuk membaca hingga ke akhirnya. Aku bukanlah seorang obesity sejak kecik. Berat aku mula naik bila sambung belajar di KPTM IPOH tahun 2007. time masuk kolej berat aku cuma 60kg. tapi life as student kan makan tak tentu masa, kadang-kadang tengah malam pun boleh melantak nasi + burger + maggi, lagi-lagi kedai makan dekat gila dengan hostel.

Sedar tak sedar makin tahun badan makin sado! hujung tahun 2013 nak naik pelamin. dah pasang angan-angan nak DIET awal bulan 2013, so ada masa 11 bulan macam tu nak loose weight. Tapi tulah orang kata hangat-hangat tahi ayam. misi tidak berjaya. hahahaha

cuba sebut diet apa je aku tak pernah cuba, diet atkins? diet makan buah? diet tak makan nasi ? semua aku cuba, tapi tulah separuh jalan jer. cuma satu sahaja aku tak pernah cuba diet makan ubat kurus. yes aku memang pantang kalau nak kurus makan ubat, sebab apa, kita tak tahu bahan ubat tu and kita tak tau side effect dia kemuadian hari.

Diet atkins paling lama aku pernah berdiet cuma 3 minggu lebih. end up, balik semula ke tabiat lama, makan macam ada bela saka. aku memang tak boleh buat diet atkins sebab atkins tak boleh ambik nasi, sebab kita kena limit karbohaidrat 20gm sahaja. walaupun boleh makan ayam, daging , telur banyak,tapiii mana sedap weh makan lauk tanpa nasi! hahaha

Tapi atkins memang best, sapa yang boleh tahan memang akan loose weight dengan cepat! tapi tulah macam aku hanya bertahan sekejap jer. so mengemukan diri sampai lah 2017. lets check it out gambar wanita obersity ini dibawah :p

* pic nie awal bulan 2/2017 time company buat family day dekat sunway lagoon

* seronoknyaa pompuan gemok nie, hahaha

kalau korang pandai cuba teka berapa berat aku time nie? hahahaha sapa cakap gemuk is awesome??  for me self confidence memang down habis, bila nak cari baju mesti sedih sebab size baju takada. lagi-lagi nak beli seluar jeans, mesti tanya " dik size paling besar, size apa ya?" satu lagi bila tangkap gambar mesti nak nyorok belakang orang, sebab nak effect kurus...hahahaha dan paling terbesar sekali ialah masalah kesihatan. since 2013 baru aku dapat tahu aku ada high blood pressure yang agak tinggi dalam 160++ sampai doktor nak bekalkan ubat darah tinggi, tapi aku tak ambik pun ubat tu. 

tapi timbul satu kesedaran nak kuruskan badan awal tahun 2017 hari tu, nak tahu berjaya ke tak aku turunkan berat badan? tunggu sambungan entry aku ok...


till then......





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails