nuffnang ads

Friday, October 11, 2013

alhamdulillah

Assalamualaikum,

salam jumaat semua, dah masuk minggu kedua bulan october, fuhhh nak hujung tahun dah, hehehe syukur sangat-sangat sebab segala urusan untuk proses borang nikah dah selesai, alhamdulillah.

malam kelmarin jumpa imam nikah, mintak sain borang semua, dah semalam mintak tolong ayah pergi jais mintak kebenaran berkahwin, dan semuaborang untuk nikah dah selesai, tinggal nak nikah je ni, hehehe

memula confuse jugak time nak isi borang nikah, kita confuse untuk isi borang lelaki, sebab dia bukan asal selangor, tapi menetap dah lama, nak mintak cop dekat borang mastautin lagi lelagi duduk perumahan leceh sikit nak mencarinya. ok nanti izan up entry pasal prosedur nikah jika pasangan berlainan negeri.


*yeay dah boleh kahwin :)


..................................................................................................................................................


pasal kisah D.I.Y untuk bunga telur guna creepe paper, sepaptutnya dah lama siap bunga nie! tapi disebabkan kita nie suka sangat lah bertangguh kerja, sampai dah bulan 10 tak siap-siap lagi, hati start risau bila tengok tarikh kahwin tinggal lagi 1 bulan lebih sahaja. banyak lagi D.I.Y project belum siap. so semalam decide nak bawak perkakas buat bunga telur pergi office. kebelakangan nie dekat office shipment kurang sangat, dari pada 24 jam dok ngadap fb main candy crush, baik buat bungakan. 

alhamdulillah semalam dah siap 70++ kuntum bunga, just nak buat lagi 50 macam tu dan boleh proceed final touch lilitkan riben dan sarung telur. see dalam sehari je boleh dapat 70, kalau dekat rumah jangan kan sekuntum, usik pun tidak kertas creepe paper tu!

*purple lavender & turqoise


LIST D.I.Y BELUM SIAP
- D.I.Y bantal hantaran - baru siap 4pcs
- D.I.Y cookies for doorgift member n pihak lelaki - belum mula baking lagi :(
-D.I.Y hantaran - bunga hiasan belum beli lagi :(
-D.I.Y HB fabric untuk nikah - raw material belum beli lagi :(

sempat ke tak ek?? tawakal jelah, nanti kena overtime tengah-tengah malam lah jawabnya. 

p/s : pesanan ikhlas please pada B2B yang lain, walaupun rasa banyakkkkkk lagi masa untuk sampai tarikh wedding korang, prepare awal-awal  sangat-sangat bagus, sebab kalau macam kita nie suka buat kerja last minute memang sangat tak bagus! huhuhu

bye korang, till then......................


3 comments:

  1. cantik bunga crepe awak buat..good luck utk DIY! :)

    ReplyDelete
  2. syukur...

    tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails