nuffnang ads

Wednesday, March 27, 2013

percubaan pertama kali membuat pavlova!

Assalamualaikum..

pavlova nie dah popular lama, tapi baru sekarang tergerak nak pergi mencuba buatnya sendiri, haha tidak selalu tengok jelah orang share pasal pavlova nie. dalam hati dok kata jugak, best sangat ke benda alah nie. nak membuat punyalah malas sangat! sampai dah berapa kali dok tunda.

then lagi satu, izan ingat nak order, tapi kekadang macam tak puas hati pulak, sebab ada yg sesetngah yang jual, dok letak ciput je cream dengan buah-buahan dia tu! so last week izan google resepi pavlova then jumpa! izan try resepi dari blog nie. thanks kepada tuan blog sudi kongsi resepi dan cara-caranya sekali, hehe


RESEPI PAVLOVA :

Bahan-bahan :

4 biji putih telur (putih telur hendaklah pada suhu bilik)
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cwn) * walaupun 3/4 still jugak rasa manisnya!
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) non diary whipping cream
buah-buahan segar



Cara-Cara:

1. Campurkan cuka, esen vanilla dan tepung jagung menjadi pes. Panaskan over 150C.

2. Pukul putih telur sehingga berbuih (soft peak). Jika guna hand mixer, hanya gunakan kelajuan 1-2 sahaja.

3. Masukkan gula sedikit demi sedikit. tambahkan kelajuan mixer sehingga tahap maximum. Tambahkan kelajuan setahap demi setahap. Jangan terus ke kelajuan maximum.

4. Pukul putih telur dan gula tersebut sehingga bertanduk. Jika terbalikkan bekas adunan, adunan putih telur (meringue) tersebut tidak jatuh.

5. Kemudian, masukkan pes cuka+esen vanilla+ tepung jagung ke dalam adunan meringue tersebut. Guna kaedah kaup balik sehingga sebati.

6. Lukis bulatan sebesar 8 inci di atas kertas minyak. Tuangkan adunan yg dah disediakan dan buatkannya bulat mengikut bulatan yang dilukis. 

7. Turunkan suhu oven menjadi 140C. Bakar sehingga 1 jam - 1 jam 15 minit. Jangan terus keluarkan pavlova dari oven. biarkannya menyejuk di dalam oven. buka sedikit pintu oven.

8. Putar whipping cream sehingga kental, pipekan ke atas pavlova yang telah dikeluarkan dari oven. hiaskan dengan buah-buahan segar.



* izan suka guna whipping cream jenama value pride, sebab dah sedia manis and harga pun below 10 ringgit.  sangat-sangat rekemen kat korang kalau nak beli whipping cream, cari jenama nie okey! hihi




* pavlova izan yang dah siap! dpt 2 bijik, sederhana besar, tak sampai berapa jam terus  habis licin tanpa meninggalkan sedikit sisa pun.

pada izan pavlova nie sedappp, walaupun base bawah dia manissss, tapi bila makan ngan cream and buah-buahan yang masam, rasa dia balance. so apa lagi, cubalah. senang je!

ok, bye!

1 comment:

  1. huuh.
    selalu buat and jual tpi still tak berani nak makan sbb bukan peminat meringue.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails