nuffnang ads

Thursday, July 7, 2011

resepi apam polka dot

assalamualaikum semua

okey malam nie ezan nak share resepi apam polka-dot, kalau nak diikutkan resepi nie sama jew macam resepi yang korang dok google tue, cuma kalau ikut ezan, ezan suka tambahkan dan kurangkan sedikit sukatannya, hihi


sebenarnya ramai yang hantar email, dok tanya macam mana nak bagi apam gebu la, lembut lah dan macam-macam lagi, so dekat sini ezan bagi step by step cara-cara yang ezan buat. sorry tak ada gambar untuk tunjukkan, insyaallah nanti kalau rajin ezan masukkan sekali gambar okey.




bahan-bahan yang diperlukan untuk mendapatkan apam yang gebu :

- 270 tepung gandum (tp ezan lebih suka pakai tpung kek self raising yg brand bluekey )
- 3 biji telur
- 1 cawan gula halus
- 150ml susu segar
- (1 sudu kecil baking powder if guna tepung kek self raising) ( 3 sudu baking powder kalau guna tpung gandum)
- 2 sudu besar ovallate ( untuk melembutkan dan mengebukan apam ^_^ )
- 1 sudu kecil essen vanilla ( untuk menghilangkan bau telur )
- filling untuk apam (blueberry, coklat and etc )

cara-caranya :

STEP 1 
- masukkan gula halus, telur, ovallate dan essen vanilla dalam mangkuk mixer, dan pukul sehingga kembang. sampai menjadi warna putih dan berkrim dalam 5-10 minit untuk mendapatkan apam yang gebu ^_^

STEP 2

- lepas tue baru masukkan tepung dengan berselang selikan susu segar sehingga habis. contohnya (tepung, susu,tepung, susu, tepung, susu ) pukul sehingga sebati dalam 5 minit.

STEP 3
- bahagikan adunan mengikut beberapa bahagian, dan titiskan pewarna yang anda suka. setelah itu masukkan adunan ke dalam piping bag.

STEP 4

- picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas setengah sahaja, then masukkan filling di tengah-tengah adunan, kemudian isi semula adunan sehingga hampir penuh. kemudian boleh lah membuat corak dot-dot diatas adunan dah siap tadi.

STEP 5

- panaskan pengukus, dan biarkan air betul-betul panas, baru masukkan adunan ke dalam pengukus. 

p/s : kukus dengan api yang perlahan, tutup pengukus dengan kair or tuala untuk elakkan wap dari menitis ke atas apam. 


selamat mencuba ^__^




4 comments:

  1. nak try la.geram tgk apam comelss.

    ReplyDelete
  2. lepas tue baru masukkan tepung dengan berselang selikan susu segar sehingga habis. contohnya (tepung, susu,tepung, susu, tepung, susu ) pukul sehingga sebati dalam 5 minit.masih guna kelajuan tinggi atau slow sahaja??

    ReplyDelete
  3. lepas tue baru masukkan tepung dengan berselang selikan susu segar sehingga habis. contohnya (tepung, susu,tepung, susu, tepung, susu ) pukul sehingga sebati dalam 5 minit.
    guna mixer kelajuan tinggi atau slowkan mixer atau just kaup balik guna spatul///

    ReplyDelete
  4. nk tnye....sye dh cuba buat tpi dia kmbng smacam....pasbtunx lmbut.......knpe ekk...nk kna pkai acuan tmpt apam ke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails