nuffnang ads

Thursday, January 6, 2011

cerita disebalik dania hilang!

assalamualaikum semua

adeh, lately nie rasa malas nak update blog, tak tau lah kenapa, bila time ada semangat jew nak update, mesti tergendala, so nie lah dia, pada hari tue nak  cerita pasal yang dania hilang tue, tapi tak terbuat lagi, so sekarang tengah rajin, nak cerita pasal dania yang hilanh hari tue.

cerita dia macam nie, dania saya kurung dalam cage, tapi sebab terlambat bukak cage dia, dan dia tak tahan nak   poo poo, so dia melepaslah dalam cage tue. aku pun keluarkan lah dia dalam cage, nak mandikan dia sebab ekor dia terkena tahi. jadi sementara tue, aku amik air panas nak mandikan dia, al-maklumlah rumah tak ada water heater, hahaha.

time aku masuk dalam bilik air, aku nampak yang dania lepak kat luar rumah. dania selalu akan main sekitar halaman rumah sahaja, sebab dia nie penakut sikit, kadang-kadang dengar bunyi motor, dia punyalah takut sampai laju jew lari masuk rumah. time dah isi air panas dalam baldi kat bilik air tue, aku panggil lah nama dia, aku tengok dia tak datang pun, aku cari lah dia dekat luar, eh! tak ada pulak, cari dalam rumah pun tak ada jugak.

aku mula risau dah, sebab dah cari setiap inci rumah, panggil-panggil nama dia, tak ada pun. punyalah aku mencari dia nak dekat satu jam. aku ingatkan dia main nyorok-nyorok sebab tak nak mandi, tapi sah lah dia dah hilang. time tue air mata dah jatuh-jatuh. aku siap cari dekat rumah orang lain tapi tak ada.

lepas tue, mak aku bagi tahu dekat ayah aku, yang dania dah hilang, ayah aku punyalah menggelabah sebab dia memang sayang giler dekat dania tue, ayah aku balik-balik kerja terus gi cari dania, sampai lorong sebelah rumah aku dia cari. tapi still gak tak jumpa. aku punyalah sedih tok sah cerita lah, siap call bf lagi, mengadu dania hilang. dia tanya aku "macam mana boleh hilang?" aku punyalah sebak time dia tanya macam tue, sampai sedu-sedu aku menangis, tak leh nak cakap lah! last-last aku cakap ngan dia, malam karang jew lah aku cerita. adeh rasa malu pulak menangis time call bf, kan dah tak kacak lagi.

walaupun hanya seeokor kucing jew yang hilang, tapi bagi aku dia macam separuh dari jiwa aku, sampai bengkak mata aku memangis dari petang sampai maghrib aku dok menangis jew. tiba-tiba malam tue, ada orang sorang perempuan datang umah aku, pulangkan dania aku balik! wah hati aku gembiranya, hanya tuhan sahaja yang tahu! punya lah aku peluk, cium macam dah setahun tak jumpa, hehehe 

perempuan tue cakap, anak dia amik kucing aku bawak balik rumah dia, lepas tue bila mak dia tanya mana dia dapt kucing tue, dia cakap dia jumpa, tapi mak dia tak percaya, last-last dah kena soal banyak kali baru lah budak tue bagi tau mana dia dapat. kurang asam punya budak, ada ke patutu dia nak curi kucing aku, selamat ar mak dia baik, pergi pulangkan balik kucing aku.

dekat bawah nie, gambar terbaru dania aku tangkap semalam, dah 8 bulan si gemuk nie!









22 comments:

  1. adesss..kucing secomel ni xkanlah xde org yg punye kan ezan? nasib baik mak budak tu pulangkan balik. Siot gak ehh...

    ReplyDelete
  2. nasib baik mak dia tau nk pulangkan ktne. ezan pakaikn dania kolar x? kalau bleh letak alamat kt kolar tu. in case kalau terlepas keluar lagi boleh org pulangkan balik.

    ReplyDelete
  3. yang dekat header tu dania time kocik2x kew?

    ReplyDelete
  4. haha kucing comel upanye. patot la kene culik

    ReplyDelete
  5. i paham perasaan u bila kucing hilang..
    sedih kan.. kita jaga mcm anak sendiri..
    nasib baik lah dah jumpa balik dgn dania kan :)

    ReplyDelete
  6. gemoknyer!! gram tgk! dah 8 bulan? same age with smokey. dania nak tawen ngn smokey x? hikhikhik

    ReplyDelete
  7. alahai mujurlah macik tu pulangkan balik kan...mesti bdk tu geram je tgk Dania huhuu..

    ReplyDelete
  8. Faham perasaan kamu Ezan bila kucing secantik ini dibela sejak kecil hilang . Ohhh damn.. memang menangis tak hingat. Akak pun pernah jadi macma tu. Satu perumahan akak keluar cari malam malam

    ReplyDelete
  9. @Sophie Al-yahya

    ahaha..2 lah pasal kurang asam jawa betul budak tue, selamat ar budak lagi, tidak dah lama kena lepuk! hehe

    ReplyDelete
  10. @fiq

    dah pakaikan kolar, tapi dania nie bijak, dia mesti akan cuba cabutkan kolar tue, tak tau nak pakai ape dah kat dia tue T__T

    ReplyDelete
  11. @deeya_shouranlee

    yup kat header tue, time umur dia 1 month and 2 month :)

    ReplyDelete
  12. @Freaky

    ahahha...tak comel dah dania nie :)

    ReplyDelete
  13. @Amirrah Zawani

    yup, ezan anggap dania macam anak, haha sedihnya hanya tuhan jew tau :)

    ReplyDelete
  14. @veesakura

    nie dah kurus sikit, sebab aktif sangat tiap-tiap malam,cari cicak, ehehe dania suruh anta rombongan merisik dulu, hihihi

    ReplyDelete
  15. @meowwmania

    tue lah syukur alhamdulillah, kalau tak pulangkan, tak tau lah macam mana

    ReplyDelete
  16. @Suara Kalbu

    ehehe..ada kawan yang faham gak situasi mcam nie :)

    betul tue kak, time dania hilang tue, setiap rumah ezan pergi cari, hehe

    ReplyDelete
  17. eee comelnya.. mcm nk picit2 je..:D

    ReplyDelete
  18. okeh! nanti anta rombongn merisik eh. em, xkn bwk cincin kowt. bwk collar baru la. x pon bwk headpiece yg comel tu utk tanda. okay x? hahaha

    ReplyDelete
  19. @veesakura

    ehehe, dania mintak blackwood, sebab dia kuat makan, haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails