nuffnang ads

Friday, December 10, 2010

kenangan belajar memandu dan bila dah dapat lesen!

assalamualaikum semua, sihat tak??

owh, sekarang nie keadaan saya  tidak berapa sihat, sebab mengalami demam dan selelsema. dan badan pun menjadi sangat lembik, macam sutun! entry kali nie agak panjang dari biasa yea, sebab kan terlampau banyak yang nak diceritakan, so sila tarik nafas panjang-panjang, baru baca.

entry kali nie, nak ceritakan pengalaman pasal time belajar kereta dulu, siapa-siapa yang dah dapat lesen tue, mesti ada kenangan yang tak boleh dilupakan kan, kan!

aku time ambik lesen kereta dulu, umur 60 tahun 20 tahun, memang time tue, tak pandai lansung bawak kereta, tapi ada sesetengah orang dah pandai bawak kereta lepas tue baru amik lesen. yang bestnya tempat aku belaja memandu nie, sekali jew kut, dia ajar and tunjukkan macam mana nak bawak kereta, pas tue, dia bagi kunci dan suruh bawak sendiri. T__T

kan dalam ujian memandu ada dalam litar, iaitu parking, 3 penjuru dengan bukit! paling aku takut sekali ialah bukit! sebabnya time nak naik bukit tie aku lepas, siap berhenti betul2 dengan tiang tue, hebat tak aku, haha tapiiiiii bila nak turun bukit tue, kereta aku bukan ke depan tapi undur ke belakang, T__T puas lah pak cik yg ajar memandu tue terangkan masuk gear, tekan minyak lebih sikit, baru angkat hand break! tapi aku nie jenis blur giler, buat banyak kali pun still sama jugak kereta undur ke belakang, last-last pak cik tue yang bawak kereta turun bukit! hehe. yang parking dengan 3 penjuru tue, aku lepas, ala sebab senang giler macam makan kacang jew! huahuahua.

tibalah hari test lesen dengan jpj, aku test tengah hari, tapi satu malam tue aku tak boleh tidur, sebab takut punya pasal, yea lah sebab banyak aku dengar cerita macam nie dekat kawan aku, "kalau time kau test nanti dapat jpj perempuan habis lah kau, mesti dia kerek gila, comfirm kau tak lulus! sebab aku tengok ramai kawan-kawan aku yang dapat jpj perempuan FAIL" sebab kan kawan aku cakap macam tue, tak lena tidur malam aku, asik berdoa jew dalam hati supaya aku dapat jpj lelaki yang hensem! hehehe

alhamdulillah, akhirnya aku dapat jugak jpj lelaki tapi tak hensem lah, haha. aku pun pelik macam mana aku boleh lulus ujian dalam litar, lagi-lagi time naik bukit tue, sebab seingat aku berapa kali jew aku lepas naik bukit. time test jalan raya pun aku lulus gak, tapi kalau korang nak tau, time aku test bawak kerete tue, aku cuma PANDAI MASUK GEAR SAMPAI GEAR 3 SAHAJA! gear 4 ngan 5  aku tak pandai, so time test aku bawak sampai gear 3 jew! dan lagi satu kalau korang nak tau AKU TAK PANDAI NAK TURUNKAN GEAR RENDAH! kadang-kadang bila pak cik yang belajar memandu tue suruh turun gear dua, aku terus tukarkan jadi gear 1, last-last dia yang tolong tukarkan, terukkan aku! tapi tak tau lah dah mungkin nasib aku, aku berjaya gak dapat lesen P :)

dah berjaya dapat lesen P nie, aku try lah bawak kereta dekat jalan raya ditemani abang aku! al-maklumlah dah ada lesen kan, tapi sadis betul, sebab banyak giler mati enjin dekat traffic light, dan kena hon ngan pemandu yang lain T__T dan ada satu hari tue, aku bawak kereta ditemani mak aku, time tue tengah traffic light atas bukit, time lampu hijau aku nak jalan lah, tapi kereta aku mengundur ke belakang, aduh cuaknya muka aku! sampai lori belakang dah hon-hon! last-last sekali lampu isyarat dah jadi merah, malunya semua orang tengok aku!

disebabkan aku nie, namanya dah ada lesen P, tapi tak pandai lagi naik bukit, aku amik kelas pukul 2 pagi dengan bercikgu kan abang aku, untuk aku ajar naik bukit. yealah pagi--pagikan jalan raya lenggang, so time tue lah aku belajar naik bukit, sampailah pandai! dan kereta tak mengudur ke belakang lagi!

alhamdulillah sekarang nie, aku dah pandai bawak kerete tau, kereta MANUAL yea bukan auto! jadi sila berbangga, haha dan aku jugak dah pandai pakai gear 4 dan 5 serta jugak sudah pandai tukar gear rendah! lagi 6 bulan jew lagi, pas tue boleh lah buang sticker P kat kereta aku, tak macho ar derr kalau ada sticker P. haha

korang pun mesti ada gak kan pengalaman time amik lesen nie, meh ar share sama-sama, drop comment dekat sini yea :)




11 comments:

  1. muahahaha.kite samela sis.mila pon mmg x leh nk g kalu nek bukit kt pusat memandu tuh.mmg slalu terundur ke blakang.waaaa.malu3.ad 1 hari tuh, time nk blja nek bukit, aderlah lori dok kt blakang, fuh malu gile weh.x lepas2 pon nk nek bukit tu, asyik terundur je.nseb gak lori tu tak hon.kalu x bengang jew bila dh kuar kete nt.huhu.

    ReplyDelete
  2. sy ade lesen, da buang P 2 thn tp still takut2 nk drive lg!! haha

    ReplyDelete
  3. aku xde pe.., skali je test !! dpt lak cikgu gatal.. huhu

    ReplyDelete
  4. ahha,,xpela,,abg ade bole tlg ajarkan ;D
    nasib baik akk dpt jpj laki;D

    ReplyDelete
  5. skang ngah blaja drive ag..next 2 week da test..
    tkot plak bile bace entry nie..hee

    wish me luck ^_^

    ReplyDelete
  6. sy bru nak bljar b'henti atas bukit ahad ni . takut . hari tuh bru jln jerr atas bkit pon t'undur . dah laaa tak lepas2 nk tarik handbrek smpai habis . tak larat . grrrr ~

    ReplyDelete
  7. haha....samela dear....kite pun ade jgk pnglman yang tak dilupakan jgk...lawak..lawak....pestime bawak kete time nak amik lesen la...mmg gabra yang amat...;p

    ReplyDelete
  8. rsnya jpj 2 jenis mls nk tgk kesalahan sgt.hehe.tahniah lepas gak..hehehe

    ReplyDelete
  9. teringat masa belajar dulu, huhu, nak ujian ni, bapakla nebes nya sampai semua org kat situ tau sy takut nk buat test bukit. ciskek. tapi alhamdulillah, sekali je, lepas! ;)

    ReplyDelete
  10. haha...tingat lak masa amik lesen dulu, x pernah sekali bawak kete pun, pas2 masuk blaja, cikgu pun naik heran, sbb cepat sgt pandai... Cikgu pun amik kesempatan, siap suruh aku ganti die ajar budak2 len... hakhak... 19 November hari tu, dah selamat menanggalkan tanda 'P' tu....

    ReplyDelete
  11. s0k sy plak amik tst jpj,dr smlm g Xdpt td0,hehe.. pkir nek bukt ni laa,mudhn sya luls gk cm awk,aminnn... sy pun tme blja ama ckgu,dya cuma bg sya bljr gna gear smpai 3,Xde pun dya ajr gear 4&5,tkut gx nti jpj ingt sya bwk keta sl0ww aje,hehehe..d0akn sy yea ^,^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails